Adakah Anda pernah mendengar mengenai statement bank/penyata bank? Penyata bank adalah maklumat mengenai aktiviti pelanggan yang dicetak oleh bank.
Data yang dilampirkan pada penyata bank bercetak adalah penerangan terperinci mengenai aliran debit dan kredit, termasuk dari pemindahan duit masuk atau keluar.
Sebelum perkembangan teknologi terkini, pelanggan hanya dapat memeriksa semua perincian data transaksi akaun dengan melawat ke cawangan bank.
Ketentuan atau sistem mengenai pencetakan atau pemberitahuan penyata bank di setiap bank mungkin berbeza.
Ada bank yang kerap memberi atau menghantar penyata bank kepada pelanggan walaupun pelanggan tidak meminta, tetapi ada juga pelanggan yang perlu melalui proses memohon terlebih dahulu sebelum mendapatkan penyata bank.
e-Statement BSN adalah versi PDF penyata kad kredit/-i bulanan yang boleh Anda dapatkan secara percuma melalui penghantaran emel atau online banking myBSN.
Kelayakan Mendaftar e-Penyata BSN
Semua Ahli kad kredit/-i Utama BSN boleh mendaftar untuk e-Penyata. Ahli Kad digalakkan untuk mendaftar supaya mengelakkan penyata Anda menerusi mel diterima lewat atau hilang.
Faedah Penyata Bank BSN Online
Berikut adalah senarai faedah yang terdapat pada e-Penyata Bank BSN
- Percuma: Tiada kos tambahan untuk perkhidmatan ini.
- Akses Mudah dan Cepat: Terima e-Penyata Anda tepat pada masa setiap bulan.
- Terjamin dan Selamat: Penyata Anda dan dilindungi dengan kata laluan.
- Sejarah Penyata: Carian mudah rekod-rekod penyata terdahulu dalam myBSN Anda.
- Mesra alam: e-Penyata menjimatkan kertas dan melindungi alam sekitar.
Cara Dapatkan Penyata Bank BSN Online
Perkhidmatan ini adalah percuma, jadi kami syorkan Anda untuk guna cara dibawah:
- Log masuk https://www.mybsn.com.my
- Klik Account Overview
- Klik E-Statement
- Klik Nama Account
- Pilih Statement Period yang Anda mahu
- Klik Download
Tidak mempunyai akaun myBSN online? Sila mendaftar dahulu, baca panduan cara daftar akaun MyBSN online
Cara Request Statement Bank BSN Online
- Log masuk https://www.mybsn.com.my
- Pilih menu Statement Request
- From Account: Pilih akaun yang dimahukan
- From: Pilih Tarikh Awal dan Akhir
- Klik Submit
- Statement Request Confirmation, klik Submit
- Klik Print
Cara Dapatkan Penyata Bank BSN di Emel
Anda sebagai ahli Kredit /-i BSN kini boleh mendapat akses ke penyata kad kredit/-i melalui e-Penyata secara percuma. Anda tidak perlu menunggu lagi untuk menerima bank statement kad kredit/-i melalui pos.
Untuk menikmati perkhidmatan ini, Anda perlu mendaftar terlebih dahulu untuk e-Penyata melalui SMS. Untuk mendaftar, ikuti langkah berikut:
Taip STMT<jarak>No KP<jarak>Alamat E-mel hantar ke 66300
Contoh: STMT 790416654321 upin.terbaik@gmail.com
Selepas pendaftaran Anda berjaya, Anda akan menerima pengesahan SMS dari BSN. e-Penyata Anda akan bermula dari kitaran penyata yang seterusnya. Setiap bulan, penyata kad kredit/-i Anda akan dihantar terus ke alamat email yang didaftarkan.
Cara Print Penyata Bank BSN di ATM
- Lawati mesin ATM BSN terdekat
- Masukkan kad ATM dan PIN Anda
- Pilih Lain-Lain Urusniaga/Other
- Pilih Khidmat Penyata
- Pilih Penyata Mini
- Pilih Cetak
- Sila ambil resit yang keluar untuk melihat mini statement bank BSN
Itulah pelbagai cara print bank statement BSN yang dapat Anda gunakan. Semoga perkongsian diatas dapat bermanfaat untuk Anda.