Memang tak dinafikan, ramai pemilik kenderaan di Malaysia teringin untuk menukar nombor plat pada kenderaan mereka.
Kadangkala, nombor plat yang sedia ada mungkin kurang sesuai, tak cantik, atau mungkin Anda ada sentimental value pada nombor plat tertentu contohnya, nombor plat lama yang dah jadi identiti.
Tapi ramai juga yang risau bila fikirkan kos dan prosedur kalau kena beli kereta baru semata-mata nak tukar nombor plat! Dengan ekonomi sekarang, beli kereta baru hanya untuk nombor plat memang tak praktikal dan boleh jadi beban kewangan tambahan.
Tambah lagi, kalau Anda tak biasa dengan proses ini, boleh jadi pening fikir apa dokumen nak disediakan, mana nak mula, dan berapa kos yang perlu dibayar.
Silap langkah, mungkin kena ulang-alik ke JPJ dan PUSPAKOM, kena ambil cuti kerja, atau paling teruk sekali, permohonan Anda boleh ditolak sebab dokumen tak lengkap.
Sebenarnya, tukar nombor plat tanpa beli kenderaan baru bukanlah sesuatu yang mustahil dan tak serumit yang kita sangka.
Di sini, kami nak kongsi panduan lengkap dari syarat, dokumen, hingga ke langkah yang perlu diambil.
Dengan panduan ni, Anda boleh buat proses tukar nombor plat sendiri, jimat masa dan duit, tanpa perlu beli kenderaan baru.
Apa Itu Pemindahan Nombor Pendaftaran Kenderaan?
Pertama sekali, kita kena faham apa maksud pemindahan nombor pendaftaran ni. Sebenarnya, proses ni adalah untuk tukarkan nombor pendaftaran daripada kenderaan asal Anda ke kenderaan baru yang belum didaftarkan.
Maksudnya, Anda boleh kekalkan nombor plat lama Anda untuk kenderaan baru, atau tukar plat baru pada kereta yang Anda pakai sekarang. Tapi, proses ni ada beberapa syarat yang perlu dipenuhi supaya semuanya berjalan lancar.
Syarat-Syarat Tukar No Plat
Nak buat tukar nombor plat ni, Anda kena ikut beberapa syarat yang JPJ dah tetapkan:
- Pemohon atau Wakil Sah: Pemohonan kena dibuat oleh pemilik berdaftar kenderaan tu, atau wakil yang dilantik. Kalau wakil, kena bawa dokumen pengenalan diri asal.
- Pemilikan Bersama: Kedua-dua kenderaan (asal dan baru) mesti milik pemilik yang sama.
- Kenderaan Baru Belum Didaftarkan: Kenderaan yang nak tukar nombor tu mesti belum ada nombor pendaftaran lagi.
- Pemeriksaan PUSPAKOM: Kenderaan asal perlu buat pemeriksaan PUSPAKOM, tapi kenderaan baru tak perlu buat, kecuali kalau kenderaan import.
- Tiada Senarai Hitam JPJ/PDRM: Kenderaan asal kena bersih dari senarai hitam JPJ dan PDRM.
- e-Insuran Terbuka: Tarikh e-Insuran terbuka untuk kenderaan baru setelah nombor pendaftaran dipindahkan.
- Bayaran Fi: Ada bayaran fi yang Anda kena bayar untuk proses ni. Jangan lupa sediakan.
Dokumen Yang Perlu Disediakan
Bagi nak pastikan semua lancar, Anda kena pastikan dokumen semua lengkap. Saya senaraikan di bawah apa yang Anda perlu sediakan.
Kenderaan Baru
- Borang Senarai Semak eDaftar – 2 salinan.
- Borang JPJ K1 – 2 salinan cetakan elektronik.
- Dokumen Pengenalan Diri – ikut jenis pemohon.
- Laporan Pemeriksaan PUSPAKOM (B2) – untuk kenderaan orang kurang upaya atau kenderaan import.
- Sijil Kelulusan Kenderaan Diesel Hijau (SIRIM) – kalau guna kenderaan diesel hijau.
- Borang Kastam K1 – kalau kenderaan import.
- Lesen Impot (AP) – asal dan salinan untuk kenderaan import.
- Surat/Borang Tempahan Nombor Pendaftaran Berjaya – jika berkenaan.
- Fi yang Ditetapkan.
Kenderaan Lama
- Borang JPJ K1E – 2 salinan.
- Borang JPJ K1A – 2 salinan.
- Dokumen Pengenalan Diri – ikut jenis pemohon.
- Perakuan Pendaftaran Kenderaan (JPJK2) Asal.
- Laporan Pemeriksaan PUSPAKOM (B2 atau B5).
- Surat Pengesahan Kastam – kalau kenderaan di Labuan atau Langkawi.
- Dokumen Pengenalan Diri Wakil – asal dan salinan, kalau wakil hadir.
Langkah-Langkah Tukar No Plat Kenderaan di PUSPAKOM
Untuk permohonan yang lancar, ikut langkah-langkah ni:
- Pertama sekali, Anda kena buat tempahan slot pemeriksaan di PUSPAKOM. Boleh buat secara online je, pilih kategori pemeriksaan yang betul.
- Pilih negeri dan cawangan yang Anda nak datang. Pilih cawangan terdekat untuk jimat masa dan kos.
- Dah pilih slot, buat bayaran pemeriksaan secara online. Kos pemeriksaan ni bergantung kepada jenis kenderaan Anda.
- Pada hari temujanji, datang ke PUSPAKOM dengan kenderaan asal, geran, dan IC. Jangan lupa dokumen yang lengkap supaya proses lebih cepat.
- PUSPAKOM akan periksa kenderaan Anda untuk pastikan identiti kenderaan tu sama dan sah. Ini untuk elak sebarang masalah di kemudian hari.
- Lepas pemeriksaan selesai, Anda akan dapat laporan dari PUSPAKOM. Bawa laporan ni ke JPJ untuk teruskan proses tukar nombor plat.
Buat Sendiri Tukar Nombor Plat Kenderaan: Jimat atau Tak?
Buat sendiri proses tukar nombor plat ni sebenarnya boleh jimatkan kos, terutama kalau dibandingkan dengan menggunakan perkhidmatan ejen.
Kos pemeriksaan di PUSPAKOM biasanya bermula dari RM65 hingga RM550, bergantung pada jenis pemeriksaan yang diperlukan.
Kalau Anda buat sendiri, langkah pertama adalah buat tempahan di PUSPAKOM secara online.
Lepas bayar, hadir pada hari yang ditetapkan bersama kenderaan, geran, dan IC. Bila dah selesai pemeriksaan, Anda boleh teruskan di JPJ.
Kelebihan Tukar No Plat Sendiri Tanpa Beli Kenderaan Baru
- Buat sendiri memang boleh jimatkan duit, sebab tak perlu bayar agen.
- Anda urus sendiri semua dari A sampai Z, jadi tak ada salah faham atau ketinggalan apa-apa dokumen.
- Dengan tempahan online, Anda boleh pilih hari dan masa yang sesuai dengan jadual.
Jadi, kalau Anda nak tukar nombor plat tanpa perlu beli kenderaan baru, prosesnya taklah serumit yang disangka.
Yang penting, ikut semua langkah dan pastikan dokumen lengkap untuk elakkan masalah.