Ada tak Anda yang selalu menggunakan Touch n Go sebagai cara pembayaran utama? Kalau ada, Anda wajib tahu cara nak link kan kad debit atau kredit Anda ke Touch n Go supaya senang nak top-up.
Anda tahu kan, Touch N Go ni memang berguna untuk kita bayar tol, naik bas, LRT, MRT, dan banyak lagi.
Macam mana nak buat? Jangan risau, kami akan tunjukkan langkah cara add kad debit atau kredit ke dalam Touch N GO
Cara Tambah Kad Debit Kredit ke Touch n Go
Pertama-tama, Anda kena download aplikasi Touch n Go eWallet dekat Google Play Store atau App Store.
Lepas tu, Anda kena register akaun Touch n Go eWallet dengan memasukkan butiran peribadi Anda seperti nama, nombor telefon dan email.
Bila dah siap register akaun, Anda boleh masuk ke dalam aplikasi Touch n Go eWallet.
- Langkah pertama, Anda buka aplikasi TNG eWallet. Lepas tu Anda tekan pada bahagian Profile Anda.
- Seterusnya Anda klik pada pilihan My Bank Card (s).
- Pada bahagian My Bank Card(s), Anda klik pada New Credit/Debit Card.
- Di bahagian Card Info, Anda diminta untuk mengisi semua maklumat yg diperlukan untuk debit/credit card Anda.
- Pada bahagian Card Number, sila masukkan nombor kad Anda yang tertera pada debit/kredit kad Anda.
- Seterusnya masukkan Valid Thru pada bulan dan tahunnya.
- Lalu masukkan Code CVV/CVV2 yang terdapat pada belakang debit/kredit kad Anda.
- Lepas tu Anda boleh on kan pada menu Quick Payment.
- Bila dah betul, Anda klik pada butang Add This Card.
- Seterusnya Anda klik pada bahagian Maybe Later.
- Anda diminta untuk isikan OTP pada bahagian yang tersedia.
- Bila dah, Anda klik pada butang Confirm.
- Sila tunggu sekejap dan Anda telah dah pun berjaya add kad debit/kredit.
Sekiranya Anda belum mempunyai kad Visa Touch N GO, Anda boleh apply kad Visa Touch N GO secara online.
Tak Boleh Add Kad Debit/Kredit ke dalam Touch N GO
Ada beberapa sebab mengapa Anda mungkin tidak dapat menambah kad kredit atau debit Anda ke dalam akaun Touch N Go. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu Anda periksa:
- Pastikan kad kredit atau debit Anda disokong oleh Touch N Go. Kad yang disokong termasuklah kad Mastercard, Visa, dan kad debit ATM yang dikeluarkan oleh bank tempatan.
- Pastikan kad kredit atau debit Anda masih sah dan belum tamat tempoh/expired. Kad yang telah expired tidak boleh ditambah ke dalam akaun Touch N Go.
- Pastikan nombor kad kredit atau debit Anda, tarikh luput, dan kod keselamatan (CVV) dimasukkan dengan betul. Sekiranya butiran tersebut tidak tepat, Anda tidak akan dapat menambah kad Anda ke dalam akaun Touch N Go.
- Touch N Go mempunyai had untuk menambah kad kredit atau debit ke dalam akaun. Pastikan Anda belum mencapai had tersebut sebelum cuba menambah kad.
- Ada kemungkinan bahawa Anda mengalami masalah teknikal semasa cuba menambah kad kredit atau debit Anda.
Jika Anda masih mengalami masalah menambah kad kredit atau debit Anda ke dalam akaun Touch N Go, disarankan agar Anda menghubungi khidmat pelanggan Touch N Go untuk mendapatkan bantuan lanjut.