BigPay ni bukan kad biasa sebab dia ada banyak kelebihan seperti kemudahan untuk travel, menghantar dan menerima duit, bayar bil-bil dan banyak lagi. Jadi kalau Anda belum ada BigPay, Anda boleh download app BigPay dan apply untuk kad BigPay Anda.
Anda pernah tak terfikir macam mana nak topup kad BigPay Anda guna Maybank2u? Kali ni, kami nak share cara topup BigPay guna Maybank2u supaya Anda senang nak topup kad Anda.
So, kalau Anda masih baru dan tak tahu macam mana nak buat, jangan risau. Ikut je langkah-langkah di bawah ni dan korang akan jadi pakar dalam masa singkat.
Panduan Topup BigPay Guna Maybank2u
Sebelum topup BigPay guna maybank2u, Anda perlu memuat turun aplikasi BigPay dari Google Play Store atau App Store. Pastikan Anda memuat turun aplikasi yang betul dan sahih dari kedua-dua platform ini, lalu Anda ikuti langkah-langkah berikut:
- Pertama sekali Anda buka dulu aplikasi BigPay.
- Dekat bahagian sini Anda klik pada butang +.
- Kemudian Anda masukkan Amount.
- Lepas tu Anda tekan butang Next.
- Kemudian dekat bahagian sini dia akan bagi beberapa pilihan seperti Credit Card, Debit Card, Bank Transfer ataupun Cash dekat 7-Eleven.
- Untuk artikel ini kami guna Maybank2u, so kami klik pada Maybank2u.
- Kemudian Anda masukkan Anda punya Username, dan juga Password.
- Dan isi je maklumat semua.
- Kemudian masukkan Anda punya TAC Number.
- Seterusnya tekan Confirm.
- Dan Anda telah berjaya topup RM10 ke BigPay Anda.
Tahniah! Anda telah berjaya topup akaun BigPay menggunakan akaun Maybank2u. Sekarang, Anda boleh gunakan duit dalam akaun BigPay untuk beli-belah secara dalam talian, bayar bil, dan banyak lagi.
Sila semak mata ganjaran BigPay bila Anda dah berjaya membeli barang menggunakan BigPay eWallet.
Itulah cara-cara nak topup BigPay guna Maybank2u. Mudah kan? Jangan risau kalau Anda tak pandai guna Maybank2u sebab langkah-langkah diatas tu sangat mudah dan senang untuk diikuti.
Antara kelebihan topup BigPay guna Maybank2u ialah Anda boleh topup kad Anda dari mana-mana sahaja asalkan Anda ada internet.
Jadi kalau Anda tak ada masa nak pergi ke mesin ATM atau ke cawangan Maybank, Anda boleh topup kad BigPay Anda guna Maybank2u dari rumah je.
Selain daripada itu, topup guna Maybank2u ni pun selamat dan cepat. Anda tak perlu risau tentang keselamatan sebab Maybank2u ni ada sistem keselamatan yang sangat kukuh.
Selain daripada Maybank2u, Anda juga boleh topup BigPay guna kaedah lain seperti topup guna kad debit/kredit, transfer bank dan banyak lagi.
Jadi kalau Anda tak ada akaun Maybank2u, Anda masih boleh topup kad BigPay Anda guna kaedah-kaedah lain yang disediakan.
Namun, Anda kena pastikan bahawa kaedah topup yang Anda guna memang sah dan selamat. Jangan mudah terpedaya dengan promosi-promosi yang meragukan sebab kadang-kadang ada pihak yang mencuba untuk menipu pengguna BigPay dengan promosi-promosi palsu.
Sekian sahaja artikel kali ini. Semoga artikel ni dapat membantu Anda yang baru nak belajar tentang topup BigPay guna Maybank2u. Jangan lupa untuk sentiasa berhati-hati dan pastikan Anda guna kaedah topup yang sah dan selamat sahaja.