Cara Add Kad BigPay Untuk Beli Barang di Shopee App

Posted on

Anda mesti pernah dengar pasal BigPay kan? BigPay ni adalah sebuah eWallet dan kad prabayar yang menyediakan perkhidmatan kewangan digital yang lengkap dan memudahkan urusan pembayaran Anda. Dan sekarang ni, BigPay dah boleh digunakan dalam aplikasi Shopee. Memang best kan?

Tapi Anda mesti tertanya-tanya macam mana nak tambah kad BigPay dalam aplikasi Shopee kan? Jangan risau, sebab sebenarnya cara untuk tambah kad BigPay dalam aplikasi Shopee tu sangat mudah dan pantas je.

Cara Add Kad BigPay di Aplikasi Shopee

Cara Add Kad BigPay di Aplikasi Shopee

Pertama, Anda kena pastikan yang Anda dah download aplikasi BigPay dan register akaun Anda. Lepas tu, ikuti langkah ni ye:

  1. Sila buka aplikasi Shopee.
    Cara Add Kad BigPay di Aplikasi Shopee
  2. Selepas tu pergi dekat bahagian Me, dekat bawah kanan tu.
    Cara Add Kad BigPay di Aplikasi Shopee
  3. Scroll kebawah, bawah ni ada Account Settings. Lepas tu anda klik pada Account Settings.
    Cara Add Kad BigPay di Aplikasi Shopee
  4. Kemudian, pada bahagian atas tu ada Bank Accounts/Cards.
    Cara Add Kad BigPay di Aplikasi Shopee
  5. Seterusnya ada nampak Kad Kredit atau Debit Card, so dekat sini lah Anda akan tambahkan kad BigPay.
  6. Lepas tu anda klik pada Add New Credit Card.
    Cara Add Kad BigPay di Aplikasi Shopee
  7. So kami akan isikan semua ni, seperti Name on Card, Card Number, Card Type, Expiry Date, CVV, Billing Address.
  8. Disini anda isi sendiri maklumat anda sendiri. Anda boleh tekan Save Card, bila mana anda nak simpan data kad anda ini.
  9. So bila dah siap anda klik pada butang Submit.
    Cara Add Kad BigPay di Aplikasi Shopee
  10. Pada Payment Verification, anda kena masukkan OTP Kod yang dihantar ke Telefon Bimbit anda.
  11. Sila semak SMS tu, kemudian masukkan pada ruangan OTP yang tersedia.
  12. Bila dah siap anda klik pada butang Submit.
    Cara Add Kad BigPay di Aplikasi Shopee
  13. Dekat situ dia tulis BigPay Malaysia Sdn Bhd.
    Cara Add Kad BigPay di Aplikasi Shopee
  14. Kini anda dah set BigPay Malaysia Sdn Bhd dalam Aplikasi Shopee.

Baca juga langkah-langkah cara topup ShopeePay guna online banking Maybank2u ye.

Itulah cara tambah kad BigPay dalam aplikasi Shopee Anda. Dengan cara ni, Anda dapat memudahkan urusan pembayaran Anda di Shopee dan dapat menikmati lebih banyak promosi yang ditawarkan oleh BigPay.

Tambah lagi, BigPay ni mempunyai banyak kelebihan yang boleh memberi manfaat kepada Anda. Antaranya ialah kadar tukaran mata wang yang rendah dan pemprosesan transaksi yang pantas.