Cara Transfer Duit MAE Guna Instant Transfer DuitNow

Posted on

Urus niaga seperti pindahan wang, semak baki, bayar bil, beli voucher, beli kredit dan lain-lain, pasti kita sering lakukan. Biasanya kita buat urusniaga atau transaksi tersebut dengan akaun simpanan atau ATM.

Salah satu bank yang mempunyai pengguna yang cukup ramai di Malaysia ialah Maybank. Maybank sendiri seperti bank-bank lain sentiasa melakukan pelbagai perubahan termasuk dari segi perkhidmatan dan kemudahan perbankan. Maybank telah melancarkan aplikasi MAE yang boleh Anda gunakan untuk membantu aktiviti kewangan Anda.

Pada kesempatan ini, kami akan berkongsi mengenai cara transfer duit MAE Maybank dengan mudah dan cepat.

Cara Transfer Duit MAE Maybank

Cara Transfer Duit MAE Maybank

Kalau Anda belum daftar akaun MAE, Anda boleh daftar secara online di aplikasi MAE dan kalau Anda nak dapatkan kad Bank MAE, Anda kena apply dalam app tu, dan buat bayaran sebanyak RM8.

Sila baca artikel cara buat kad debit MAE, kami dah terangkan step by step cara mohon kad debit MAE secara online dan cara pengaktifkan kad MAE.

Sekiranya Anda nak transfer guna MAE Maybank, Anda boleh ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Mula-mula sekali Anda buka aplikasi MAE, lepas tu pergi dekat butang Transfer.
    Cara Transfer Duit MAE Maybank
  2. Untuk transfer duit terdapat 2 piliihan, sama ada kita nak gunakan Instant Transfer ataupun DuitNow.
    Cara Transfer Duit MAE Maybank
  3. First sekali kami akan tunjukkan macam mana transfer duit menggunakan Instant Transfer.
  4. Untuk Transfer duit menggunakan Instant Transfer, Anda tekan pada bahagian Instant.
  5. Lepas tu pilih akaun Bank mana yang Anda nak transfer.
    Cara Transfer Duit MAE Maybank
  6. Dan masukkan Nombor Account Bank.
    Cara Transfer Duit MAE Maybank
  7. Seterusnya masukkan Amount yang Anda nak Transfer.
    Cara Transfer Duit MAE Maybank
  8. Untuk Recipient Reference Anda boleh isikan apa apa sahaja, kalau Anda nak bayar duit baju, Anda tuliskan Baju.
    Cara Transfer Duit MAE Maybank via App Online
  9. Seterusnya Anda pilih Transfer Type. Untuk Transfer Type Anda pilih Funds Transfer dan untuk Transfer Mode Anda biarkan sahaja tak perlu ubah apa apa.
    Cara Transfer Duit MAE Maybank via App Online
  10. Untuk Confirmation, Anda kena check semula semua detail yang Anda masukkan tadi, dan tekan Transfer Now.
    Cara Transfer Duit MAE Maybank via App Online
  11. Akhir Sekali Anda tekan Approve.
    Cara Transfer Duit MAE Maybank via App Online

Cara Transfer DuitNow Dalam MAE

Dan yang kedua kami akan tunjukkan macam mana kita nak transfer duit menggunakan DuitNow.

  1. Kalo Anda nak transfer duit menggunakan DuitNow, Anda tekan dekat bahagian DuitNow.
    Cara Transfer Duit MAE Maybank via App Online
  2. Lepas tu pilih ID Type. Untuk ID Type dia ada 5 jenis, iaitu Nombor Telefon, IC Number, Passport Number, Army/Police ID, dan Business Registration Number.
  3. Untuk ID Type ni Anda perlu tau dia daftarkan DuitNow guna apa. Sebagai Contoh: Kawan Upin ni Register DuitNow menggunakan Nombor Telefon, so untuk ID Type, Anda pilih Mobile Number. Lepas tu Anda masukkan Nombor Telefon.
    Cara Transfer Duit MAE Maybank using Applications Online
  4. Dan masukkan Amount yang Anda nak transfer.
    Cara Transfer Duit MAE Maybank using Applications Online
  5. Seterusnya masukkan Recipient Reference.
    Cara Transfer Duit MAE Maybank using Applications Online
  6. Akhir sekali tekan Transfer Now.
    Cara Transfer Duit MAE Maybank using Applications Online
  7. Dan Approve.
    Cara Transfer Duit MAE Maybank using Applications Online

Cara transfer duit guna DuitNow dan instant transfer diatas tu boleh Anda ikuti ye, sebab kami dah cuba berjaya.