MAE Maybank adalah akaun simpanan yang dilengkapi dengan kad debit yang boleh digunakan untuk urusan transaksi peribadi dan perniagaan.
Dengan memiliki kad debit MAE, Anda boleh melakukan transaksi perbankan dengan lebih selamat dan cepat. Anda juga boleh mengakses perkhidmatan perbankan online MAE Maybank2u dan membuat pembayaran dengan mudah.
Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan macam mana nak dapatkan kad bank MAE. Kepada sesiapa yang tak tahu MAE itu apa? MAE tu satu eWallet daripada Maybank2u yang mana fungsi dia sama je macam Maybank2u tapi yang membezakan MAE dengan Maybank2u adalah Anda boleh daftar percuma di smartphone sahaja.
Cara Mohon Kad Bank MAE Maybank2u
Berikut langkah-langkah cara mohon kad bank MAE Maybank2u secara online. Cara ni boleh Anda lakukan kalau Anda telah mempunyai akaun MAE.
- Mula-mula sekali Anda Login akaun MAE. Lepas tu Anda klik pada menu Maybank2u dan Anda klik pada Akaun Anda.
- Pada bahagian akaun, Anda tekan pada kotak kuning Tap to Apply.
- Pada bahagian Request Card dia akan bagi tahu dekat sini yang mana untuk permohonan kad bank ni Anda akan dikenakan caj sebanyak RM8. Lepas tu tekan Continue.
- Bila ada Pop Up macam ni, Anda tekan je Proceed.
- Untuk apply kad ni Anda kena selfie dan snap Identity Card kita. Tujuan Anda kena selfie dan snap identity kad kita adalah untuk memastikan yang Apply ni adalah kita sendiri bukan orang lain. Lepas tu Anda klik je Continue.
- Oke mula-mula sekali Anda kena scan bahagian depan dan belakang Kad Pengenalan.
- Pada bahagian hadapan Anda kena gerakan Kad Pengenalan sehingga nampak Simbol Bunga Raya.
- Lepas tu scan bahagian depan dan belakang Kad Pengenalan.
- Lepas Scan, kita kena selfie muka Anda. Lepas Anda selfie, Anda tekan Continue.
- Step terakhir, Anda kena masukkan Alamat Rumah.
- Pastikan Anda masukkan alamat yang betul sebab nanti kad pun akan dihantar dekat alamat yang kita masukkan. Lepas tu masukkan OTP Kod.
- Dan permohonan berjaya.
- Anda akan dapat kartu dalam massa 7 hari dalam bekerja. RM8 akan ditolak dalam akaun MAE selepas Anda berjaya buat permohonan kad.
Cara Activate Kad Bank MAE Maybank2u
Lepas Anda dah dapatkan kad bank, Anda kena aktifkan kad tu, cara aktifkan kad debit MAE Anda kena login akaun MAE. Sila ikuti step berikut ni ye.
- Cari butang Activate Now
- Anda kena masukkan Activation Code.
- Code tu boleh kita dapatkan dekat kertas yang ada dengan Kad Bank.
- Lepas tu Anda kena Create 6 Digit PIN untuk urusan mesin ATM atau CDM dan sekali lagi Anda kena masukkan 6 Digit PIN.
- Akhir sekali masukkan OTP Code.
- Dan kad Anda telah pun diaktifkan.
Kalau Anda dapatkan sebarang masalah ketika proses pengaktifkan kad ataupun kad debit MAE belum Anda terima. Sila hubungi customer service MAE Maybank untuk dapatkan bantuan.
So itu sahaja perkonsian kali ini, semoga perkongsian diatas mengenai cara buat kad bank MAE boleh membantu Anda.