Cara Aktifkan Kad Debit MAE Maybank Secara Online

Posted on

Kad debit MAE merupakan salah satu jenis kad debit yang ditawarkan oleh Maybank. Kad debit MAE membolehkan pengguna membuat pembayaran secara online dan offline dengan menggunakan wang yang terdapat dalam akaun bank pengguna.

Kad bank MAE ni juga membenarkan Anda mengeluarkan wang tunai di mesin ATM Maybank dan mesin ATM yang lain yang menyokong kad debit MAE.

Jadi dalam artikel ini kami nak kongsikan cara untuk aktifkan kad bank MAE melalui aplikasi MAE, sila follow step-step di bawah ni.

Cara Aktifkan Kad Debit MAE Maybank

Cara Aktifkan Kad Debit MAE Maybank

Untuk makluman, Anda boleh memohon kad debit MAE melalui aplikasi MAE dan ia akan dihantar terus ke rumah Anda. Selepas kad ini sampai, Anda perlu aktifkannya terlebih dahulu sebelum dapat digunakan untuk pembayaran.

Di bawah ni kami kongsikan langkah cara pengaktifan kad debit MAE Maybank,.

  1. Pertama sekali, selepas Anda buka aplikasi MAE, pada laman utama ini, tekan pada Maybank2u yang terletak dibawah.
    Cara Aktifkan Kad Debit MAE Maybank
  2. Seterusnya, tekan pada Cards.
    Cara Aktifkan Kad Debit MAE Maybank
  3. Pada bahagian ini, tekan pada Activate Now untuk mengaktifkan kad MAE.
    Cara Aktifkan Kad Debit MAE Maybank
  4. Pada laman verifikasi ini, Anda perlu isikan kod pengaktifan pada ruangan yang disediakan.
  5. Kod pengaktifan ini diberikan sekali bersama kad Anda.
  6. Sekiranya sudah selesai, tekan Confirm dibawahnya.
    Cara Aktifkan Kad Debit MAE Maybank
  7. Kemudian, Anda dikehendaki untuk mencipta 6 digit PIN pada ruangan yang disediakan.
    Cara Aktifkan Kad Debit MAE Maybank
  8. PIN ini diperlukan untuk transaksi seperti pengeluaran duit dari mesin ATM dan pembelian, sekiranya sudah selesai tekan Confirm dibawahnya.
  9. Dan Anda perlu ulang sekalu lagi proses ini sebagian pengesahan.
  10. Pada laman secure2u ini tekan Approve untuk aktifkan MAE Anda.
    Cara Aktifkan Kad Debit MAE Maybank
  11. Akhir sekali, ia akan paparkan status pengaktifan kad MAE ini.
    Cara Aktifkan Kad Debit MAE Maybank
  12. Selepas ini, Anda boleh gunakan kad ini untuk pelbagai jenis transaksi yang disediakan oleh Maybank.

Jika Anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut tentang Kad Debit MAE, Anda boleh menghubungi Maybank costumer service atau mengunjungi cawangan Maybank yang berdekatan untuk mendapatkan bantuan.

Sekiranya Anda nak buat bayaran bil TNB menggunakan aplikasi MAE, Anda boleh follow cara bayar bil TNB melalui MAE Maybank.

Soalan Lazim

Berikut adalah soalan dan jawapan yang boleh membantu Anda.

1. Kalau kita share QR code MAE ni untuk receive duit, boleh kan? Sebab saya transfer certain amount dalam MAE thru QR scan, tapi duit tak masuk. Dalam transaction tak ada. Macam mana ya tu?

QR code memang boleh share. Anda transfer kepada orang lain pakai QR code orang lain kan? Anda konfirm Duit acc Anda dah tolak? Kalau dah ditolak, Anda kena tanya receiver tu dia set QR code tu untuk acc MAE ke untuk acc saving maybank, sebab QR code tu boleh ubah-ubah set ke acc lain.

2. Nak aktifkan kad di MAE apps tapi dia tulis we are experiencing communication error. Contact us. Kenapa ye?

Kami pun tak pasti jugak. Sebaik-baiknya Anda call customer service MAE, Anda tengok belakang kad MAE tu ada number phone customer service, diorang akan bantu.

3. Selepas active MAE kad ni, dalam masa yang sama saya transfer duit ke Mae ni, dan berjaya dapat notification duit dah berjaya masuk, tapi saya bukak MAE wallet saya takde duit yang saya tranfer tadi.

Transfer duit pakai kaedah apa ya? Topup dari acc saving maybank ke acc MAE ke cara lain? Cer tgk kot2 duit tu masuk ke saving acc maybank. MAE ni dia link kedua2 MAE dan Maybank. Jadi transaction yang masuk ke saving acc maybank pun MAE akan papar notification.

4. Kenapa saya dah aktifkan kad tapi tak boleh guna paywave ye? Sebab kad Maybank hat lagi satu tu boleh. Macam mane nak aktifkan Paywave untuk MAE? Ke ada minima yg tak boleh guna paywave?

Untuk pertama kali, kena buat payment pakai PIN dulu dekat mana-mana mesin Point of Sales (POS). Then next time baru boleh pakai paywave. Contoh pergi beli barang kat pasaraya ka, masuk kad dan pakai PIN dulu. Kalau dah berjaya transaksi tu, next time baru boleh pakai paywave.

5. Kad MAE tu macam kad saving kan bukan kad kredit loan bank sebab baru nak Apply kad MAE tu.

Ya. Dia kategori kad debit, bukan kad kredit. Kami sendiri tak boleh nak apply kad kredit sebab dah join akpk. Hanya kad jenis debit ja boleh apply.