Bank Islam Internet Banking adalah salah satu perkhidmatan yang diberikan oleh Bank Islam untuk setiap pelanggan Bank Islam, Bank Islam online dapat digunakan untuk mengakses akaun bank secara online dengan laptop atau handphone.
Jadi tak payah pergi ke mesin ATM untuk check baki akaun Bank Islam, cukup guna hujung jari saja untuk melakukan semakan dan transaksi kewangan.
Semua pelanggan Bank Islam dapat menggunakan perkhidmatan perbankan ini secara percuma. Cara daftar Bank Islam IB cukup mudah, Anda boleh pergi ke pejabat cawangan bank terdekat atau secara online.
Untuk cara register bankislam.biz boleh baca panduan cara daftar Bank Islam online yang telah kami share.
Kelebihan Bank Islam Online
Bank Islam internet banking mempunyai pelbagai kelebihan iaitu:
- Murah, Anda tak payah pergi ke ATM untuk transaksi bayar bil, transfer duit, topup, bayar loan dan print penyata mini. Sila gunakan GO by Bank Islam di hanpdhone Anda atau Bank Islam IB yang boleh Anda akses melalui laptop.
- Selesa, Anda hanya perlu handphone dan sambungan internet untuk melakukan pembelian secara online.
- Selamat, internet banking Bank Islam selamat sangat kerana menggunakan teknologi terkini.
Cara Login Bank Islam Online
Setelah Anda sudah mempunyai akaun Bank Islam internet banking, sila ikuti panduan dibawah ini untuk log masuk Bank Islam online.
- Lawati www.bankislam.biz
- Klik Internet Banking Login.
- Masukkan User ID, klik Login.
- Online Image dan Private Word pastikan betul milik Anda.
- Masukkan Kata Laluan, klik Login.
- Tahniah, Anda sudah berjaya log masuk Bank Islam online banking.
Cara Login Internet Banking di Aplikasi GO by Bank Islam
Bank Islam menyediakan perkhidmatan Mobile Banking iaitu GO by Bank Islam yang boleh Anda muat turun secara percuma di Google Playstore (Android) atau App Store (iPhone).
Ciri aplikasi GO by Bank Islam tak berbeza jauh, boleh dikatakan sama seperti perkhidmatan perbankan ATM atau Bankislam.biz
Panduan cara login GO by Bank Islam
- Download atau muat turun aplikasi GO by Bank Islam di Google Playstore atau App Store.
- Buka aplikasi GO by Bank Islam di handphone Anda.
- Masukkan User ID, pastikan Online Image dan Private Word betul.
- Masukkan Password klik Login.
- Tahniah, Anda berjaya log masuk dashboard Bank Islam online.
Terima kasih kepada website downloadluckypatcher.co yang telah kongsi sebahagian maklumat diatas.
Sekarang Anda dapat melakukan transaksi apa sahaja secara online tanpa perlu keluar rumah, senang betul.