DuitNow adalah perkhidmatan yang beroperasi hanya dari aplikasi pada mobile banking dan perbankan internet. Anda boleh membayar bil, dan membayar transaksi dalam talian di dalam dan di luar negara.
Pada artikel kami kali ini, kami akan kongsikan cara membuat pembayaran menggunakan DuitNow QR Bank Islam, di artikel ini kami akan gunakan Bank Islam jadi pembayaran akan melalui aplikasi GO by Bank Islam.
Untuk maklumat Anda DuitNow QR adalah satu kod QR kebangsaan yang membolehkan Anda membuat pembayaran. Pembayaran ini boleh dilakukan dimana-mana sahaja dan bila-bila masa.
Cara Buat Bayaran Guna DuitNow QR Bank Islam
Step dia mudah dan cepat, ia adalah untuk menggantikan kod-kod e-Wallet. Dengan menggunakan duitnow QR ni Anda tak perlu lagi membawa wang dengan jumlah yang banyak dan ini secara tidak langsung dapat mengelakkan Anda daripada menjadi mangsa ragut ataupun rompak.
Jadi untuk membuat pembayaran menggunakan DuitNow QR Bank Islam, Anda perlu mempunyai akaun Bank Islam, dan anda pun mestilah dah pun mendaftar sebagai QR.
- Langkah yang pertama, anda perlu log masuk aplikasi Go Bank Islam.
- Lepas tu untuk anda membuat pembayaran guna Duitnow QR, anda klik pada bahagian Duitnow QR.
- Lepas tu untuk guna fungsi ini, anda pelru mendaftar terlebih dahulu. So, anda klik pada Continue.
- Pada step ni, anda perlu set akaun yang nak anda gunakan, maksudnya akaun anda nak guna membuat pembayaran.
- Kami ada satu saja akaun Bank Islam, so kami akan terus klik pada no akaun kami ini. Lepas tu untuk step yang seterusnya, anda perlu set limit maximum harian anda.
- Anda boleh set lah beberapa banyak limit disini.
- Step seterusnya, perlu Set Limit Maksimum Cumulative.
- Lepas tu anda klik pada kotak Terma dan Syarat. Dan seterusnya anda klik pada Let’s Register.
- Lalu anda perlu klik Confirm.
- Nanti anda akan menerima sms yang mengandungi Kod IAC. So anda masukkan Kod IAC yang anda terima.
- Dan langkah yang seterusnya anda boleh membuat pembayaran. Untuk membuat pembayaran anda perlu klik pada Let’s Duitnow QR.
- Lepas tu anda klik Allow.
- Seterusnya anda perlu scan gambar Duitnow QR.
- Dekat sini dia nyatakan bahwa Password ataupun kata laluan akan diperlukan sekiranya transaksi anda telah mencapai Had Limit Cumulative.
- Macam kami tadi, kami mempunyai Limit Cumulative saya set kan RM250, dan pada skrin dia nyatakanlah bahwasanya kami perlu masukkan Password sekiranya melebihi RM250.
- Lepas anda dah Scan Gambar Kod QR. Dan pada skrin dia dah paparkan nama pemilik kod tersebut. Contohnya bila anda membuat pembayaran pada pasar raya, nanti pada skrin akan keluarlah nama pasar raya tersebut.
- Seterusnya anda perlu masukkan jumlah wang yang anda nak bayar dan anda klik Continue.
- So, anda dah pun berjaya membuat pembayaran menggunakan duitnow QR melalui aplikasi GO by Bank Islam.
- Untuk maklumat anda, contoh seperti kami ini tidak memerlukan Password, sebab jumlah pembayaran hanyalah RM40.00 sahaja.
So kami rasa setakat itu sahaja perkongsian kami kali ini. Semoga perkongsian diatas dapat membantu Anda. Sekiranya Anda nak matikan atau disable fungsi DuitNow QR, Anda boleh baca artikel cara disable fungsi DuitNow QR Bank Islam.
Soalan Lazim
Berikut adalah senarai soalan lazim mengenai QR code DuitNow Bank Islam.
1. Kalau kita hendak menggunakan QR code supaya orang boleh transfer kepada kita dengan scan QR code macam mana ye?
Boleh ja Anda, anda klik dekat bahagian receiver y, nanti boleh share QR code dekat orang yang nak transfer kat Anda.
2. Kenapa scan qr code saya failed?
Anda coba buat semula ya, biasanya sebab line ataupun sistem tengah down.
3. Kalau duit now qr yang disediakan kat kaunter under maybank, boleh ke scan guna Bank Islam GO?
Boleh je.