DuitNow QR Bank Islam ialah rangkaian pembayaran dengan kod respons pantas yang membantu peniaga menerima pembayaran melalui aplikasi berasaskan QR di Malaysia. Hanya imbas kod QR yang disediakan, proses transaksi boleh dilakukan dengan mudah.
Itulah sebabnya, ramai peniaga menggunakan ciri DuitNow QR untuk memudahkan transaksi dengan pelanggan mereka.
Menggunakan DuitNow QR mempunyai pelbagai kelebihan antaranya:
- Laporan transaksi dan pembayaran penjejakan terperinci dan komprehensif.
- Setiap transaksi boleh dilakukan secara langsung dan tepat pada masanya (real-time).
- Praktikal kerana ia boleh dicetak atau dipaparkan mengikut keperluan.
Namun, ada beberapa orang yang ingin deactivate DuitNow QR Bank Islam kerana suatu alasan/hal. Pada artikel kali ini kami akan kongsikan cara untuk deactivate ataupun menyahaktifkan fungsi DuitNow QR guna aplikasi GO by Bank Islam.
Cara Disable Fungsi DuitNow QR Bank Islam
Sila ikuti step cara disable fungsi DuitNow QR Bank Islam di bawah ini.
- Seperti biasa anda nak buka dulu aplikasi GO. by bank islam. Kemudian Anda perlu login akaun Bank Islam biz Anda.
- Yang mana Anda perlu masukkan Password, kemudian anda klik Login.
- Pada paparan utama dalam aplikasi go by Bank Islam.
- Untuk anda menyahaktifkan fungsi DuitNow QR, Anda perlu klik dekat bahagina menu.
- Lepas tu anda perlu cari bahagian Settings.
- Dan dekat sini anda perlu kebahagian DuitNow QR, so anda klik DuitNow QR.
- Untuk anda menyahaktifkan fungsi DuitNow QR ni anda perlu klik pada bahagian De-Register.
- Nanti dia akan keluar dialog box macam ni, so apa yang anda perlu buat adalah anda klik je OK.
- Lepas tu anda perlu klik Approve, so anda dah pun selesai mematikan ataupun deaktif fungsi duitnow qr code untuk GO by Bank Islam.
- Simple sahaja kan step dia.
Kalau nak aktifkan balik kena caj tak? Tak kena pun, free sahaja. Jika ada sebarang masalah atau pertanyaan Anda boleh hubungi Contact Center Bank Islam di:
- General Line: +603-2088-8000
- Contact Centre: +603-26-900-900
- Email: contactcenter@bankislam.com.my
Baca juga cara bayar bil dan guna JomPay Bank Islam. Jadi setakat itu sahaja perkongsian kami kali ini, semoga artikel ni dapar membantu anda.