Sekarang ni Anda dah boleh buat laporan polis secara online je, dengan sistem e-Reporting. Seiring dengan teknologi yang semakin maju, sekarang ni hampir semua benda kini boleh dibawa secara online sahaja.
Polis PDRM Malaysia pun tidak ketinggalan untuk menyiapkan perkhidmatan secara online untuk memudahkan orang awam. Buktinya PDRM telah menyediakan satu sistem yang dinamakan e-Reporting, iaitu satu sistem yang membolehkan Anda untuk membuat laporan polis bagi kes kehilangan dokumen, atau barang yang tidak berkaitan dengan jenayah.
Maksudnya disini Anda boleh buat laporan polis secara online tanpa perlu hadir ke pejabat polis, namun ia hanyalah untuk kes tertentu sahaja dan kes yang tidak berkaitan dengan jenayah.
Jenis-jenis laporan polis yang boleh dibuat melalui e-Reporting adalah laporan yang tidak melibatkan kes-kes jenayah atau tidak memerlukan siasatan lanjut polis. Sebanyak (8) jenis laporan polis yang disenaraikan adalah seperti berikut:
- Hilang/Tercicir Kad Pengenalan
- Hilang/Tercicir Lesen Memandu
- Hilang/Tercicir Kad Kredit/ATM
- Hilang Telefon Bimbit
- Hilang Komputer Riba
- Hilang Cukai Jalan
- Kehilangan kerosakan peralatan atau dokumen akibat Bencana alam
- Pembantu Rumah Lari-Tujuan permohonan pembatalan permit pembantu rumah sahaja
Untuk membuat laporan polis secara online apa yang Anda perlu?
- Anda mestilah berumur 18 tahun, dan keatas.
- Mempunyai piranti dan juga internet.
Mari kami tunjukkan macam mana cara buat repot polis secara online guna portal erepoting.
Cara Buat Laporan Polis Secara Online
Sila ikuti langkah-langkah di bawah ni ye.
- Pergi ke https://ereporting.rmp.gov.my
- Langkah pertama yang Anda perlu buat adalah Daftar Pengguna baharu, jadi klik pada Daftar Pengguna.
- Isikan maklumat Anda yang diperlukan, seperti Nombor Kad Pengenalan, Nama Pengadu, Kata Laluan dan sebagainya.
- Dah siap isi, bolehlah Anda tekan pada Daftar Pengguna.
- Popup pengguna terlah berjaya daftar akan muncul jika Anda berjaya daftar.
- Kemudian pada laman utama tadi Anda boleh isikan Nombor Kad Pengenalan dan juga Kata Laluan.
- Seterusnya Anda klik pada butang Login.
- Soalan akan keluar sebelum Anda teruskan membuat laporan, jadi jawablah soalan tersebut.
- Jadi disini kami nak beri contoh membuat laporan kehilangan kad pengenalan.
- Isikan soalan yang tersedia berserta jawapan Anda.
- Bila dah siap isikan Anda klik pada butang OK.
- Seterusnya maklumat Anda akan keluar, Anda semak betul-betul dan tekan seterusnya untuk membuat laporan.
- Isikan butiran kejadian, paling senang sekali search tempat kejadian.
- Bila dah jumpa Double Click pada tempat kejadian Map untuk PIN kawasan. Secara automatik kebanyakan maklumat akan diisi kalau tak Anda boleh isi secara manual.
- Isikan tarikh kejadian dan masa.
- Balai Report Polis ni akan keluar secara automatik jika Anda Double Click dan pin kawasan kejadian. Dan bila dah selesai bahagian ini, klik pada Seterusnya.
- Dalam keterangan kejadian ini bahagian pertama yang Anda perlu buat adalah klik dulu Daftar Barang Hilang.
- Isikan barang apa, untuk tutorial ini kami akan isikan Kad Pengenalan. Kemudian isikan butiran terperinci yang lain, seperti Nama Pemilik, dan Nombor Kad Pengenalan.
- Bila dah selesai, tekan pada butang Tambah.
- Disini Anda dah daftar satu senarai barang hilang, kalau ada lagi barang hilang Anda boleh ulang step ini dan tekan Tambah. Kalau kiranya dah cukup, tekan Ok.
- Bila dah selesai proses tadi, secara automatik ia akan terkarang laporan polis mengikut semua maklumat yang Anda dah bagi.
- Kalau oke, Anda klik pada bahagian Seterusnya.
- Draft laporan Polis yang sebenar akan keluar, jadi baca dan semak betul-betul butiran ini. Klik kotak akuan dan Anda klik pada butang Hantar.
Anda akan terima salinan kad tersebut melalui email yang telah didaftarkan, jadi bolehlah cetak dan bawa laporan polis tersebut ke agent yang bekaitan. Mudah je kan.
Lepas ni kalau IC ataupun lesen memandu hilang, Kad ATM ataupun dompet Anda hilang, boleh terus je buat laporan secara online. Lebih mudah, lebih jimat masa, tenaga, dan juga kos.