DuitNow ialah penyelesaian untuk memenuhi keperluan ramai pelanggan untuk perkhidmatan pemindahan dana yang lebih selamat, real time, dan tersedia pada bila-bila masa.
Perkhidmatan DuitNow adalah 24 jam dan wang boleh diterima secara real-time oleh pelanggan dan bank.
Sekiranya Anda adalah pengguna Bank Islam dan ingin menggunakan perkhidmatan DuitNow untuk transfer duit ke Maybank, sila ikuti cara transfer duit guna DuitNow Bank Islam ke Maybank di bawah ini.
Cara Transfer Guna DuitNow Bank Islam Ke Maybank
Tutorial kali ini kami akan tunjukan cara transfer guna duitnow bank islam:
- Langkah pertama anda buka laman website https://www.bankislam.biz
- Masukkan User ID. Kemudian klik Login.
- Sahkan Pengesahan Image anda. Lepas tu anda masukkan Kata Laluan. Seterusnya anda klik Login.
- Klik pada fungsian DuitNow.
- Pilih Akaun anda. Pada Transfer To, lalu pilih nombor akaun anda. Jenis Transfer, pilih Fund Transfer.
- Masukkan jumlah yang ingin di transfer.
- Pada jenis penerima pilih Open Recipient.
- Lepas tu anda pilih bank penerima.
- Masukkan Nombor Akaun Penerima.
- Masukkan rujukan Penerima.
- Kemudian terus klik pada petak Kecil dan klik Transfer.
- Sila buat pengesahan DuitNow, lepas tu Scroll Down. Lalu Request I-Access Code.
- IAC akan dihantar ke Nombor Telefon yang berdaftar
- Masukkan 6 Digit Nombor IAC
- Akhir sekali anda klik Confirm
- Pindahan wang telah berjaya
Cara login Bank Islam online diatas boleh menggunakan browser di laptop atau HP.
Soalan Lazim
Di bawah ini adalah soalan mengenai DuitNow.
1. Ada ralat We are unable to process your request, please email to contactcenter@bankislam.com.my apa perlu buat?
Anda perlu semak dengan pemilik akaun samada akaun tersebut aktif atau tidak dan nombor akaun yang diberikan adalah tepat atau tidak.
2. Saya baru perasan kalau nak instant transfer kena DuitNow. Saya transfer guna IBG tapi tak masuk pulak duit ke akaun maybank. Kenapa ya?
Berikut adalah jadual transaksi untuk pemindahan wang IBG Fund Transfer.
- Isnin – Jumaat sebelum 5.00 am: Wang akan dikreditkan ke bank tersebut pada hari yang sama selewat-lewatnya pada pukul 11.00 pm.
- Isnin – Jumaat selepas pukul 5.00 pm: Wang akan dikreditkan pada keesokkan hari selewat-lewatnya pada pukul 11.00 pm.
- Sabtu, Ahad dan Cuti Umum: Wang akan dikreditkan pada hari bekerja.
3. Nak tau kenape nak transfer guna DuitNow ke no acc tak boleh ke yang nak transfer tu kena ada register duitnow baru boleh?
Pemindahan DuitNow juga boleh melalui nombor akaun.
4. Kenapa takde select bank untuk transfer third party account?
Untuk pemindahan segera ke bank lain, sila pilih DuitNow.
5. DuitNow tu bila ada pilihan tranfer to tu dia ada pilihan no IC no acc , kalau pilih no acc tuh no acc kita atau no acc yang kita nak transfer kan?
Masukkan nombor IC penerima atau no akaun penerima.