Kalau Anda selalu main game, pasti tahu la kan apa tu Google Play. Google Play ni macam pasar online untuk smartphone. Kat situ, Anda boleh cari dan download macam-macam aplikasi, dari game sampai aplikasi untuk edit gambar.
Tapi, kadang-kadang bila kita nak download aplikasi yang bayar, kena bayar guna kad kredit atau debit. Kalau Anda takde kad tu, takde hal lah. Sebab sekarang ni, kita boleh beli aplikasi di Google Play guna Touch n Go.
Kenapa Anda kena beli aplikasi ni? Sebab ada banyak aplikasi yang memang dah kena bayar untuk dapatkan fitur yang lebih power. Kalau Anda suka main game, mesti ada game yang Anda nak beli untuk dapatkan banyak coin dan diamond.
Contohnya, game Free Fire dan Mobile Legends. Game ni memang ada pembelian dalam aplikasi untuk dapatkan item yang lebih power. Kalau Anda nak beli guna kad kredit atau debit, memang kena keluarkan duit lah.
Jadi, bila Anda guna Touch n Go, Anda boleh la beli aplikasi tu tanpa perlu keluarkan duit dari kad kredit atau debit. Tapi macam mana nak beli aplikasi ni guna Touch n Go? Sila ikuti step-by-step dalam artikel ni ye.
Setup Bayaran Google Play Guna Touch n Go
Pertama sekali untuk buat bayaran Touch n Go eWallet, Anda perlu setup dulu Payment Method dalam Google Playstore.
- Mula-mula Anda buka dahulu Google Playstore.
- Lepas tu pergi ke bahagian Settings, pada Garis 3 .
- Anda pilih Payment Methods.
- Dekat bahagian Add Payment Method, Anda akan nampak Add Touch n Go eWallet.
- Anda tekan je pada bahagian Touch n Go eWallet.
- Lepas tu dia akan minta permission untuk Auto-debit dan Mobile Number, Anda Cirikan Kotak dan tekan Authorise.
- Akhir sekali dia akan hantar OTP Code.
- Anda masukkan sahaja Kod yang Anda dapat, bila dah siap, dia akan keluar paparan macam ni.
- Dan Anda dah boleh buat bayaran guna Touch n Go eWallet.
Cara Beli Aplikasi Google Play Guna Touch n Go eWallet
Anda kena pastikan ada baki dalam Touch n Go eWallet. Sebab bila Anda nak beli aplikasi, kena bayar pakai duit dalam eWallet. Kalau takde baki, kena la tambah dulu.
So lepas tu kalau Anda nak buat bayaran di Google Playstore, Anda boleh pilih bayaran guna Touch n Go eWallet.
- Contoh cara nak beli App Berbayar.
- Ataupun Anda nak langgan Service Premium.
- Dan untuk Facebook Anda boleh beli Star guna Touch n Go eWallet.
- Untuk kepada yang main game tu, Anda boleh beli Diamond atau UC melalui game yang Anda main dan buat bayaran menggunkan Touch n Go eWallet.
Razer Pay
Kalau Anda nak tau lagi, Touch n Go eWallet ni memang banyak kelebihan. Contohnya, Anda boleh bayar Google Play Gift Card. Senang kan?
Sekarang kami akan tunjukkan 2 aplikasi yang boleh Anda gunakan untuk beli Google Play Gift Card.
- Aplikasi pertama iaitu aplikasi Razer Pay.
- Anda boleh beli Google Pay Gift Card bermula RM50 sehingga RM200.
- Kalau Anda ada Kupon, Anda boleh dapatkan discount sehinga 10% bila Anda beli dalam app ni.
Boost eWallet
- Aplikasi kedua adalah Aplikasi Boost, Anda boleh dapatkan Google Play Gift Card serendah RM10 sehingga RM200.
- Kalau Anda kena Topup sikit sikit je better Anda beli dalam app ni.
Mungkin artikel ni boleh bermanfaat untuk Anda, cara isi petrol di Petronas duna Kad Visa Touch N Go.
Akhir kata, harap artikel ni membantu Anda untuk beli aplikasi di Google Play guna Touch n Go eWallet.