Sebelum ini, MAE hanya terdapat dalam aplikasi M2U, tetapi kini Maybank telah mengeluarkan aplikasi MAE sendiri untuk memberikan keselesaan yang lebih kepada pelanggan.
Setelah kami install aplikasi MAE, kami dapat menghapuskan aplikasi M2U kerana MAE memberikan banyak ciri-ciri yang membantu menguruskan kewangan kami. Ciri-ciri ini termasuklah fungsi untuk membezakan duit yang digunakan untuk pembayaran tunai, pembayaran tanpa tunai (e-wallet) dan penyimpanan duit dalam tabung yang berbeza.
Aplikasi MAE ini sangat memudahkan kerana kami dapat menguruskan kewangan dengan lebih baik. Function yang ada sangat banyak dan sangat membantu. Kami yakin, pelanggan yang mencuba aplikasi ini juga akan merasa kewangan mereka lebih terurus.
Cara STOP Tabung MAE Maybank
Di samping daripada menguruskan duit Anda dalam aplikasi MAE, Anda juga boleh melakukan pelbagai jenis transaksi seperti bayaran dengan QR Pay, bayaran bil, pemindahan duit, pengisian semula dan banyak lagi perkara seperti yang boleh dilakukan di aplikasi M2U.
Apa yang menarik tentang MAE adalah Anda boleh melacak jumlah wang yang Anda belanjakan dalam “Spending Summary” yang terdapat di dalam aplikasi tersebut. Semua perbelanjaan Anda akan dicatatkan di sana, memudahkan Anda untuk pantau perbelanjaan Anda.
Sekarang ni, ramai pelanggan yang ingin remove tabung MAE tapi mereka tidak tahu caranya, di bawah ini kami kongsikan cara stop tabung MAE Maybank melalui aplikasi MAE.
- Langkah pertama, Anda buka aplikasi MAE.
- Seterusnya Anda tengok pada bahagian bawah pada menu More.
- Kemudian Anda tengok pada tengah tengah tu ada Icon Tabung.
- Anda tekan pada Icon Tabung.
- Bila Anda dah masukkan Fingerprint atau PIN Code MAE.
- Seterusnya Anda pilih Account Active tabung yang Anda punya.
- Lalu Anda tengok pada atas kanan ada Tiga Titik, seterusnya Anda tekan Tiga Titik tersebut.
- Kemudian dia akan bagi beberapa senarai pilihan yang Anda boleh buat, so Anda nak Stop Tabung MAE, maka Anda klik pada Remove Tabung.
- Bila Anda tekan Remove tabung, dia akan terdapat paparan macam ni. Jadi bila Anda nak Confirm nak stop tabung ni, Anda klik pada butang Remove.
- Seterusnya Anda tekan butang Continue.
- Lalu masukkan Password maybank2u Anda, kemudian Anda tekan Continue.
- Lalu Anda tekan pada butang Withdraw Funds.
- Seterusnya kalau Anda dah setkan secure2u dia akan minta secure2u Anda, kemudian Anda klik pada Approve.
- Dah berjaya remove tabung jadi Anda tekan sahaja pada butang Done.
- Kemudian Anda refresh skrin.
- Kalau Anda nak tengok baki akaun MAE Anda pun dah pun bertambah.
- Sebab tu wang tersebut masuk kepada akaun MAE Anda.
Kalau Anda nak bayar bil TNB, Anda boleh baca artikel ni ye cara bayar bil TNB guna MAE Maybank.
Bagaimana? Bukankah MAE itu hebat? Anda boleh chekc simpanan dan tabung Anda sekaligus. Kewangan Anda akan lebih terurus bukan? Jika Anda belum mencuba aplikasi MAE, Anda boleh memuat aolikasi MAE di Appstore atau Playstore.