Cara Tukar Limit Kad Debit Maybank Secara Online

Posted on

Kad Debit Maybank boleh digunakan untuk membuat pengeluaran duit di ATM. Kad bank ni mempunyai limit pengeluaran yang berbeza bergantung kepada jenis kad.

Pernahkah Anda mengalami situasi dimana kad atau kad ATM Anda telah mencapai limit pengeluaran ataupun telah mencapai limit pembayaran? Sekiranya Anda pernah mengalami situasi seperti ini cara untuk mengatasinya adalah dengan menukar limit kad debit Anda ke jumlah yang lebih tinggi.

Kalau Anda nak tingkatkan atau ubah had pengeluaran kad debit Maybank, Anda boleh ikuti step di bawah ini.

Cara Tukar Limit Kad Debit Maybank

Cara Tukar Limit Kad Debit Maybank

Jom kami kongsikan cara menukar limit kad debit Maybank. Semoga lepas ni Anda senang untuk buat pembelian menggunakan kad debit.

  1. Pertama sekali sila Anda buka laman website https://www.maybank2u.com.my, lepas tu masukkan Username, lalu klik butang Login.
  2. Sahkan Phasa Keselamatan Anda, bila dah benar Anda klik Yes.
  3. Lepas tu masukkan Password, lalu tekan butang Login.
  4. Lalu pada menu utama Maybank, Anda pilih Settings. Kemudian klik pada Cards.
    Cara Tukar Limit Kad Debit Maybank Internet Banking Website
  5. Seterusnya Anda boleh pilih Jumlah Limit Amaun akaun Anda. Bila dah siap, Anda klik butang Save.
    Cara Tukar Limit Kad Debit Maybank Online Banking Portal
  6. Anda akan diminta untuk masukkan Nombor TAC, lepas tu Anda klik pada Request.
    Cara Tukar Limit Kad Debit Maybank Internet Banking
  7. Lalu Nombor TAC akan dihantar melalui SMS. Lepas tu Anda masukkan Nombor TAC, lalu klik butang Confirm.
    Cara Tukar Limit Kad Debit Maybank Online Portal
  8. Selesai

Itu sahaja perkongsian kami kali ini mengenai cara tukar limit kad debit Maybank, semoga dapat membantu Anda. Selain itu, pastikan Anda selalu menyimpan maklumat kad bank Anda dengan selamat dan jangan memberitahu orang lain maklumat PIN kad bank Anda.

Baca juga cara keluarkan duit Maybank tanpa kad melalui mesin ATM Maybank.

1. Kalau tukar purchase limit tu, so boleh withdraw dekat ATM amount yang sama ke? Atau purchase limit tu untuk pembelian menggunakan kad sahaja?

Boleh withdraw dan buat pembelian.

2. Kalau saya nak beli online guna debit/credit online contoh macam dekat shopee tu kan, kalau nak tukar limit buat macam ni juga ya?

Iya betul buat macam nie juga ya nanti pilih mengikut kesesuaian ya.

3. Saya apply debit card sudah lama pun tak sampai sekarang saya nak buat apa tolong kasi tahu saya boleh tak?

Maaf ya, kami tak pasti pasal tu coba hubungi customer service Maybank ya.

4. Kalau kita pakai Maybank, kalau pergi mana-mana ATM boleh ke tukar had pengeluaran, ke perlu pergi Maybank juga ke?

Maaf ya untuk yang ni kami tak pasti, kami biasa buat melalui online saja.