Cara Tukar Nombor PIN Touch N Go eWallet Guna IC

Posted on

Nombor PIN Touch ‘n Go adalah kod rahsia 6 digit yang digunakan untuk mengesahkan transaksi dan akses ke dalam akaun Touch ‘n Go eWallet Anda.

Anda perlu memasukkan nombor PIN Touch ‘n Go Anda pada aplikasi Touch ‘n Go eWallet setiap kali Anda ingin membuat transaksi menggunakan dompet digital tersebut.

Nombor PIN Touch ‘n Go adalah satu lagi lapisan keselamatan yang ditawarkan oleh Touch ‘n Go eWallet untuk melindungi akaun Anda daripada aktiviti penipuan dan penyalahgunaan.

Anda harus memilih nombor PIN yang kuat dan mudah diingat, tetapi pada masa yang sama sukar ditebak oleh orang lain.

Cara Tukar Nombor PIN Touch 'N Go eWallet

Cara Tukar Nombor PIN Touch N Go eWallet

Untuk menetapkan ataupun menukar nombor PIN pada aplikasi Touch ‘n Go eWallet, Anda perlu mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Pertama sekali, Anda buka aplikasi Touch ‘N Go eWallet.
  2. Kemudian, pada lama utama ini, tekan pada Ikon Profile yang terletak dipenjuru Atas Kanan.
    Cara Tukar Nombor PIN Touch 'N Go eWallet Reset 6 Digit PIN Number TNG eWallet App Online
  3. Seterusnya, pada bahagian ini, Anda perlu Scroll ke bawah dan tekan pada Settings.
    Cara Tukar Nombor PIN Touch 'N Go eWallet Reset 6 Digit PIN Number TNG eWallet Apps Online
  4. Pada laman ini, untuk menukar nombor PIN keselamatan tersebut, Anda tekan pada Change 6-Digit PIN.
    Cara Tukar Nombor PIN Touch 'N Go eWallet Reset 6 Digit PIN Number TNG eWallet Apps Online
  5. Kemudian, jika Anda masih ingat nombor PIN kesalamata itu, isikan saha nombor PIN tersebut pada ruangan yang disediakan atau jika Anda perlu terlupa nombor PIN, tekan saja pada Forgot Your PIN?
  6. Sebagai contoh, kami tekan pada Forgot Your PIN? untuk verifikasi, ia memberi Anda pilihan untuk mengesahkan identiti pemilik akaun ewallet ini sama ada melalui nombor ic atau soalan keselamatan.
    Cara Tukar Nombor PIN Touch 'N Go eWallet Reset 6 Digit PIN Number TNG eWallet Aplikasi Online
  7. Sebagai contoh, kami tekan pada Registered ID untuk melakukan pengesahan melalui Nombor IC.
    Cara Tukar Nombor PIN Touch 'N Go eWallet Reset 6 Digit PIN Number TNG eWallet via Aplikasi Online
  8. Pada laman ini, isikan saja 6 Digit terakhir nombor kad pengenalan Anda pada ruangan yang disediakan.
  9. Sekiranya sudah selesai tekan butang Submit.
    Cara Tukar Nombor PIN Touch 'N Go eWallet Reset 6 Digit PIN Number TNG eWallet via App Online
  10. Selepas pengesahan dibuat, barulah Anda dibenarkan untuk menukar nombor PIN tersebut.
  11. Anda isikan saja Nombor PIN Baru itu pada ruangan yang disediakan.
  12. Sekiranya sudah selesai, tekan butang Submit.
    Cara Tukar Nombor PIN Touch 'N Go eWallet Reset 6 Digit PIN Number TNG eWallet via App Online
  13. Kini, penukaran Nombor PIN Anda sudah berjaya ditukar.

Macam mana kalau terlupa soalan keselamatan? Tak perlu risau, sila ikuti je cara tukar soalan keselamatan Touch n Go eWallet ni.

Pastikan bahawa Anda tidak berkongsi nombor PIN Touch ‘n Go Anda dengan sesiapa dan pastikan Anda mengingat nombor PIN tersebut dengan betul.

Jika Anda lupa nombor PIN Touch ‘n Go Anda, Anda perlu menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Touch ‘n Go ataupun ikuti step diatas untuk mendapatkan semula akses akaun Anda.