Ramai pengguna HLB connect online banking yang tanyakan macam mana nak atasi masalah kalau akaun HLB Connect Online Banking kena block, disekat atau terlupa password.
Kalau akaun HLB Connect Online Banking kena block. maka Anda tak boleh buat aktiviti perbankan macam semak baki, bayar bil, transfer ataupun topup.
Langkah ni dilakukan oleh pihak bank sebagai satu langkah keselamatan untuk melindungi akaun Anda daripada penipuan atau akses tanpa kebenaran.
Cara Mengatasi HLB Connect Online Banking Kena Block
Kalau masalah ni sedang terjadi kepada Anda, jangan risau, kami akan ajar Anda macam mana nak tetapkan semula maklumat log masuk HLB Connect Online Banking.
Pertama-tama, Anda kena pastikan ada salah satu produk HLB berikut:
- Kad Debit/ Kad Debit-i.
- Kad Kredit Utama.
- Akaun Pinjaman/ Pembiayaan-i sahaja (tanpa produk Hong Leong lain).
- ID Sementara (permintaan di cawangan).
Reset Password HLB Connect Online Banking
Kalau Anda dah ada salah satu produk ni, Anda boleh ikut langkah-langkah di bawah untuk tetapkan semula maklumat log masuk HLB Connect Online Banking:
- Layari www.hongleongconnect.my dan lepas tu Anda klik Forgot Username/Password.
- Sekarang Anda pilih Jenis ID dan masukkan butiran ID Number.
- Seterusnya sila masukkan kod TAC yang diterima melalui SMS.
- Kemudian lengkapkan butiran Kad Debit/ Kredit atau akaun Anda.
- Cipta Nama Pengguna dan Kata Laluan baru.
- Pilih Gambar Keselamatan Anda sekiranya anda nak tukar Nama Pengguna.
- Selesai.
Kalau Anda tak boleh buat semuanya online, Anda juga boleh datang ke cawangan Hong Leong Bank terdekat atau hubungi customer service HLB di 03 – 7626 8899 dari Isnin hingga Sabtu (9 pagi – 6 petang) untuk dapatkan bantuan.
Pastikan Anda bawa dokumen-dokumen yang diperlukan seperti kad pengenalan, kad debit atau kad kredit utama, dan bukti alamat untuk tujuan pengesahan.
So jangan risau bila akaun HLB Connect Online Banking Anda disekat. Ini disebabkan oleh beberapa sebab seperti Anda atau orang lain cuba login dengan maklumat yang salah atau ada aktiviti yang mencurigakan pada akaun Anda.
Sila tetapkan semula maklumat log masuk macam yang kami dah ajar tadi. Kalau yang disekat HLB Connect App Mobile Banking, Anda boleh atasi masalah tu dengan ikuti tutorial dalam artikel cara reset password HLB Connect App ye.
So itu sahaja perkongsian kali ni, semoga maklumat yang kami kongsikan diatas dapat bermanfaat untuk Anda semua.