Anda pernah tak menggunakan perkhidmatan online banking Hong Leong? Kalau belum, Anda kena cuba sebab ia sangat memudahkan hidup Anda.
Salah satu kelebihan yang paling menarik adalah kemudahan untuk melihat penyata akaun Anda secara online.
Dulu, kita kena beratur panjang di kaunter bank untuk mendapatkan penyata akaun yang kita perlukan. Tapi sekarang, dengan Hong Leong online banking, semua boleh dilakukan dalam beberapa klik sahaja.
Anda boleh download dan cetak penyata akaun Anda dari mana-mana saja dan pada bila-bila masa, selagi ada akses internet.
Selain itu, Hong Leong online banking juga menyediakan penyata akaun yang terperinci dan mudah difahami.
Anda tak perlu risau tentang kehilangan kertas penyata atau kebingungan tentang maklumat yang terdapat di dalamnya. Semuanya tersusun rapi dan mudah diakses.
Cara Dapatkan Penyata Bank Hong Leong Online
Di bawah ni kami nak kongsikan tips cara download penyata akaun Hong Leong online dalam bentuk PDF.
Ia sangat mudah dan berguna untuk Anda yang suka menyimpan rekod penyata akaun dalam bentuk soft copy.
Pertama sekali, Anda kena login ke akaun Hong Leong online banking Anda.
Pastikan Anda mempunyai ID dan password yang sah. Kalau Anda belum daftar, bolehlah daftar dengan mengikuti langkah-langkah yang diberikan di laman cara daftar Hong Leong Connect.
Kalau Anda dah punya akaun HLB Connect, Anda boleh ikuti langkah-langkah berikut:
- Pertama sekali, selepas Anda log masuk ke aplikasi HLB Connect Mobile Banking. Aplikasi ni boleh Anda download di Google Playstore atau App Store ye.
- Pada laman utama, tekan pada Akaun Simpanan Anda yang terletak di tengah.
- Pada bahagian ini pula, tekan pada Statement. Seterusnya, Anda perlu memilih jenis penyata, jenis dokumenn dan Anda diberi pilihan untuk muat turun penyata akaun mengikut bulan atau secara bulanan.
- Jadi tekan pada salah satu penyata bulanan tersebut. Selepas itu, Anda perlu tekan pada butang Download dibawahnya.
- Ia akan secara automatik muat turun penyata ini yang akan disimpan dalam format PDF.
- Anda boleh kongsi penyata ini sama ada melalui Whatsapp atau print di kemudian hari.
- Selepas ini, Anda boleh gunakan penyata ini untuk pelbagai jenis urusan yang memerlukan penyata bank seperti ingin memohon pinjaman perumahan, kenderaan dan sebagainya.
Itulah tips cara download penyata akaun Hong Leong online dalam bentuk PDF. Memang mudah kan? Tak payah risau nak beratur panjang di kaunter bank atau hilangkan kertas penyata akaun yang Anda simpan.
Dengan Hong Leong online banking atau HLB Connect, Anda boleh download penyata akaun Anda dengan mudah dan senang. Lagi pun, penyata akaun dalam bentuk PDF ni lagi berguna sebab senang nak disimpan dan diakses di mana-mana sahaja.
Tapi, ingatlah untuk menjaga keselamatan akaun Anda dengan betul. Jangan pernah berkongsi ID atau password Anda dengan sesiapa, dan pastikan komputer atau telefon Anda dilindungi dengan baik.