Cara Transfer Duit BigPay ke Maybank Guna DuitNow

Posted on

Anda pengguna baru BigPay? Nak tahu cara nak transfer duit dari BigPay eWallet ke akaun Maybank guna DuitNow.

Apa tu DuitNow? DuitNow ni adalah satu cara transfer duit yang membolehkan Anda transfer duit ke akaun bank lain menggunakan nombor telefon penerima ataupun no acc bank.

Okay, jadi macam mana nak gunakan DuitNow untuk transfer duit dari BigPay ke Maybank? Jangan risau, kami dah siapkan panduan mudah ni untuk Anda.

Cara Transfer Duit BigPay ke Maybank
Cara Transfer Duit BigPay ke Maybank

Aktifkan DuitNow dan BigPay eWallet

Untuk menggunakan DuitNow, Anda kena pastikan dah daftar dan aktifkan DuitNow di akaun Maybank Anda.

Cara nak daftar ni senang je. Anda boleh daftar melalui Maybank2u atau pergi ke cawangan Maybank terdekat. Lepas tu, ikut sahaja langkah-langkah yang diberikan.

Lepas tu, Anda kena ada akaun BigPay eWallet dulu sebelum boleh transfer duit ke Maybank. Kalau belum ada akaun, Anda boleh daftar di aplikasi BigPay. Lepas tu, top up BigPay eWallet Anda dengan jumlah yang nak di transfer ke akaun Maybank.

Cara Transfer Duit dari BigPay ke Maybank

Okay, sekarang kita dah ada akaun BigPay eWallet dan akaun Maybank yang dah daftar DuitNow. Untuk transfer duit, ikut je langkah-langkah ni:

  1. Mula-mula sekali Anda buka BigPay dan pergi dekat bahagian Explore.
  2. Dalam bahagian Explore, Anda pilih pada bahagian DuitNow Transfer.
    Cara Transfer Duit BigPay ke Akaun Bank
  3. Pilih Account Number dan masukkan Amount yang Anda nak Transfer.
  4. Lepas tu, pilih Jenis Bank, dan masukkan Nombor Akaun.
  5. Untuk Transfer Type, Anda boleh pilih Funds Transfer dan Anda masukkan Recipient Reference.
  6. Bila dah lengkapkan semua maklumat, Anda tekan butang Next.
    Cara Transfer Duit BigPay ke Akaun Bank
  7. Anda semak semula semua maklumat dan tekan pada Send RM1.00.
    Cara Transfer Duit BigPay ke Akaun Bank
  8. Nanti Anda perlu masukkan OTP Kod dan Pass Kod akaun BigPay Anda.
    Cara Transfer Duit BigPay ke Akaun Bank
  9. Bila transaksi dah berjaya, Anda dapatkan transaksi resit dah berjaya macam ni.

Kelebihan Transfer Guna DuitNow

Okay, jadi apa kelebihan DuitNow ni berbanding cara transfer duit yang lain? Antara kelebihan DuitNow ialah:

  • DuitNow membolehkan Anda transfer duit dalam masa yang singkat dan cepat.
  • Anda hanya perlu gunakan nombor telefon atau no account untuk transfer duit.
  • DuitNow menggunakan teknologi keselamatan yang canggih untuk melindungi akaun dan transaksi Anda.

So, dengan DuitNow, Anda tak perlu risau dah nak transfer duit ke akaun Maybank lagi. Senang je kan? Jangan lupa untuk pastikan maklumat yang Anda masukkan betul sebelum confirm transfer. Kalau salah masukkan maklumat, Anda mungkin akan transfer duit ke akaun yang salah.

Oh ya, satu lagi yang perlu diingat, ada caj tambahan sebanyak RM0.50 untuk setiap transaksi DuitNow. Jadi, pastikan Anda ada cukup duit dalam akaun BigPay eWallet untuk bayar caj tambahan ni.

Sekiranya baki kredit telefon Anda dah habis, Anda boleh cuba cara topup kredit prepaid guna BigPay app. Anda boleh tambah nilai untuk telco Digi, Celcom, Hotlink dan banyak lagi.

Itu sahaja perkongsian kali ini mengenai cara transfer duit dari eWallet BigPay ke Maybank menggunakan DuitNow, semoga perkongsian diatas bermanfaat untuk Anda.