Sekarang ni ramai orang dah guna BigPay sebagai cara pembayaran yang mudah dan selamat. Tapi, Anda tahu tak yang kad BigPay ni boleh digunakan untuk top-up kredit prepaid Anda? Yup, betul tu!
Dengan BigPay, Anda tak perlu susah-susah nak pergi kedai nak beli top-up prepaid. Senang je, Anda boleh top-up prepaid Anda melalui aplikasi BigPay di telefon pintar Anda.
Sila ikuti langkah-langkah cara topup kredit prepaid guna BigPay di bawah ni ye.
Cara Tambah Nilai Kredit Prepaid Guna BigPay
Ada banyak kelebihan bila Anda top-up kredit prepaid Anda dengan menggunakan kad BigPay. Selain dari mudah dan senang, ada banyak lagi kelebihan yang Anda boleh dapat.
Dengan menggunakan BigPay, Anda boleh jimat duit. Sebabnya ialah, Anda boleh top-up kredit prepaid Anda dengan harga yang lebih murah daripada beli top-up di kedai.
Selain dari itu, Anda juga boleh menggunakan BigPay untuk bayar bil-bil lain seperti bil astro, bil internet dan banyak lagi! Jadi, dengan menggunakan BigPay ni, Anda boleh jimat masa, tenaga dan duit.
- Pertama sekali, selepas Anda buka aplikasi BigPay, tekan pada Explore yang terletak dibawah.
- Kemudian untuk mula menambah nilai prepaid kredit Anda, tekan pada Bills & Prepaid.
- Pada bahagian ini, tekan pada New bill.
- Kemudian, Anda perlu scroll ke bawah dan pergi ke bahagian Mobile Prepaid.
- Pilih saja operator telco Anda dari senarai ini.
- Selepas itu, Anda perlu isi Nombor Telefon pada ruangan yang disediakan.
- Seterusnya, Anda perlu pilih Amaun tambah nilai.
- Anda juga diberi pilihan untuk menyimpan maklumat tambah nilai ini.
- Sekiranya sudah selesai, tekan Next.
- Kemudian, ia akan paparkan perincian tambah nilai prepaid ini.
- Sekiranya maklumat yang dipaparkan adalah betul, tekan Pay dibawahnya.
- Akhir sekali, ia akan paparkan status transaksi tambah nilai.
- Anda juga boleh kongsikan resit bayaran ini dengan menekan pada Share Receipt.
Itu sahaja perkongsiakn kali ini mengenai cara reload kredit prepaid guna BigPay. Tak perlu lagi pergi ke kedai untuk beli top-up atau bayar bil-bil. Semua boleh dilakukan dengan mudah dan senang menggunakan aplikasi BigPay di HP Anda.
Dengan menggunakan kad BigPay, Anda tak perlu lagi risau pasal kehabisan kredit prepaid atau tak dapat nak bayar bil-bil tepat pada masanya.
Untuk makluman Anda, sekarang ni kad debit BigPay boleh digunakan dalam aplikasi Grab. Sila baca artikel ni ye, cara tambah kad BigPay di Grab apps.
Jangan lupa untuk pastikan baki dalam kad BigPay Anda mencukupi sebelum top-up kredit prepaid Anda.