Pinjaman AEON Credit boleh dibayar melalui perkhidmatan perbankan internet AmBank Online atau AmOnline. Sekiranya Anda belum menjadi pelanggan AmBank atau belum mempunyai akaun AmOnline, Anda boleh mendaftar dahulu di cawangan bank terdekat atau melalui laman website AmBank.
Setelah mendaftar, Anda boleh mengakses perkhidmatan AmOnline dan membuat pembayaran ansuran AEON Credit secara online.
Terdapat banyak kemudahan yang ditawarkan oleh AEON Credit kepada pelanggannya untuk membayar ansuran bulanan AEON yang perlu dibayar. Dan jika Anda ingin membayar bil AEON Credit dengan AmOnline, Anda boleh ikuti step berikut ini.
Cara Bayar AEON Credit Guna AmBank AmOnline
Perkongsian kali ini adalah cara bayar pinjaman AEON Credit guna aplikasi AmOnline AmBank.
- Buka aplikasi AmOnline, AmBank Online Banking.
- Klik pada Tap for Quick Actions untuk buat sembarang transaksi.
- Klik Pay Bills untuk buat pembayaran bill ataupun Pinjaman AEON.
- Seterusnya Anda klik pada Non-Jompay.
- Kemudian sila klik pada Biller.
- Klik pada Biller yang Anda nak bayar, contoh: Aeon Credit.
- Lepas tu Anda masukkan Nombor Perjanjian. Bila dah siap Anda tekan Continue.
- Masukkan jumlah yang Anda nak bayarkan. Sila klik Pay Now.
- Seterusnya Anda semak semua maklumat, pastikan betul dan tepat. Klik Continue bila semua dah OK dan betul.
- Lalu Anda klik pada Authorize untuk pengesahan transaksi.
- So Anda dah pun berjaya bayar Aeon Credit.
Selain melalui AmOnline, pinjaman AEON Credit juga boleh dibayar melalui pelbagai kaedah lain, seperti melalui transfer, pembayaran di ATM, atau pembayaran di kaunter AEON Credit.
Anda boleh memilih kaedah pembayaran yang paling sesuai dengan keperluan dan kemudahan Anda. Pastikan Anda membayar ansuran AEON Credit tepat pada masanya supaya Anda tidak mendapat caj atau denda.
Setekat itu sahaja perkongsian kami kali ini, semoga artikel ini dapat membantu Anda. Kalau Anda belum mempunyai akaun AmOnline, kami nasihatkan Anda untuk baca artikel cara daftar AmOnline.
Soalan Lazim
Soalan dan jawapan dibawah ini mungkin boleh membantu Anda.
1. Bayar personal loan telefon sama kan guna aeon credit ni? Lalu no perjanjian dengan no bank no yang sama kan?
Iya betul, kalau Anda nak lagi confirm coba Anda call customer service AEON ye.
2. Kalau bayar loan motor aeon boleh guna ni tak?
Boleh.
3. Kalau cara nak tukar nombor tac phone bagaimana?
Anda kena ke kaunter ataupun mesin atm AmBank ye.