Cara Tukar Limit Transaksi AmBank Guna AmOnline

Posted on

Had transaksi bank ialah jumlah maksimum wang yang boleh dipindahkan atau dibayar melalui rangkaian sistem pembayaran bank dalam tempoh masa tertentu.

Limit transaksi ini ditetapkan oleh AmBank untuk mengurangkan risiko kegagalan transaksi atau penyalahgunaan kad atau akaun dan untuk mengawal perbelanjaan individu atau syarikat supaya tidak melebihi had kewangan yang telah ditetapkan.

Had transaksi biasanya ditetapkan berdasarkan jenis produk atau jenis perkhidmatan yang digunakan, seperti kad kredit, kad debit atau perkhidmatan pembayaran online.

Untuk artikel kali ini kami akan kongsikan cara untuk tukar limit transaksi AmBank online banking. So kepada Anda yang mempunyai masalah menukar limit transaksi bagi AmBank online banking Anda, Anda jangan risau Anda follow sahaja step dalam artikel ni.

Cara Tukar Limit Transaksi Ambank

Sebab Anda Perlu Tukar Limit Transaksi

Terdapat beberapa sebab mengapa seseorang mungkin ingin menukar had transaksi pada akaun AmBank. Antara sebab yang boleh dipertimbangkan ialah:

1. Keselamatan

Menukar had transaksi boleh menjadi penghalang yang berkesan terhadap jenayah kewangan seperti kecurian identiti dan penipuan.

Dengan menetapkan had transaksi yang lebih rendah, Anda boleh mengehadkan jumlah wang yang boleh dikeluarkan atau dibayar daripada akaun Anda.

2. Urus Kewangan

Menukar had transaksi boleh membantu Anda mengurus kewangan Anda dengan lebih baik.

Cara ini boleh membantu mengelakkan Anda daripada kehabisan wang atau menyebabkan Anda berbelanja lebih daripada yang sepatutnya.

3. Memenuhi Keperluan

Sesetengah aktiviti transaksi, seperti pembayaran online atau pembelian barangan di luar negara, mungkin memerlukan had transaksi yang lebih tinggi.

Jika Anda ingin membuat transaksi ini, Anda mungkin perlu menukar had transaksi Anda untuk memenuhi keperluan yang ditetapkan oleh bank.

Cara Tukar Limit Transaksi Ambank

Berikut cara tukar limit transaksi AmBank melalui AmOnline.

  1. Untuk permulaan seperti biasa Anda perlu ke Website Ambank Banking.
  2. So dekat sini seperti biasa masukkan Anda punya Username untuk Ambank Online Banking Anda.
  3. Lepas tu Anda klik Log in Now.
    Cara Tukar Limit Transaksi Ambank via Online
  4. Sila pastikan Security Image adalah betul, lepas tu boleh lah Anda klik Yes.
    Cara Tukar Limit Transaksi Ambank via Online Portal
  5. Dan dekat sini Anda perlu masukkan kata laluan untuk Ambank Online Banking Anda. Dan bila dah siap Anda klik Login.
    Cara Tukar Limit Transaksi Ambank via Online Portal Website
  6. Untuk Anda menukar Limit Transaksi, Anda perlu klik dekat bahagian icon Settings.
    Cara Tukar Limit Transaksi Ambank via Online Website
  7. Lepas tu Anda cari pada bahagian Transaction Limit. Dan dekat sini dia akan paparkan semua senarai transaksi yang Anda boleh ubah limit dia.
  8. Ada transfer pemindahan wang, payments pembayaran bill, invesment pelaburan, online Shopping dan FPX Specific Merchant.
  9. So untuk Anda tukar limit transfer, dekat bahagian transfer ni dia ada banyak lagi pilihan yang Anda boleh buat.
  10. Macam kami, kami nak tukar untuk pemindahan IBG Duitnow / QR. Bila Anda klik pada icon Action, dia dah nyatakan berapa limit semasa.
    Cara Tukar Limit Transaksi Ambank via Online Website Portal
  11. Jadi kami akan masukkan Limit yang baru.
    Cara Tukar Limit Transaksi Ambank via Portal Website
  12. Bila Anda taip je dekat sini, secara automatik dia akan keluar pop up macam ni.
  13. Untuk pop up ni Anda boleh abaikan sahaja, Anda boleh terus taip jumlah limit yang Anda nak.
  14. Lepas Anda dah taip, Anda klik pada butang Continue.
    Cara Tukar Limit Transaksi Ambank guna Online Portal Website
  15. So dekat sini dah pun ada limit baru yang Anda tukar tadi iaitu RM4,000. Lalu Anda klik pada bahagian Continue.
    Cara Tukar Limit Transaksi Ambank guna Online Portal
  16. Lepas tu secara automatik sistem akan menghantar nombor TAC ke SMS Anda.
  17. So Anda perlu semak sms Anda, lalu Anda masuk atau salin Nombor TAC tersebut. Lepas tu Anda klik Confirm.
    Cara Tukar Limit Transaksi Ambank guna Online Website Portal
  18. So Anda dah pun selesai tukar limit untuk IBG, DuitNow dan QR.
  19. Seterusnya kami akan tukar limit untuk transaksi quick access, step dia sama sahaja yang mana Anda perlu masukkan jumlah, lepas tu Anda klik Continue, dan Anda klik Continue lagi sekali.
    Cara Tukar Limit Transaksi Ambank guna Online Website
  20. Masukkan nombor TAC, lepas tu Anda klik Confirm.
    Cara Tukar Limit Transaksi Ambank gunakan Online Portal Website
  21. Itu sahaja langkah yang perlu Anda lakukan untuk Anda menukar limit transaksi ambank online banking. Dan Anda boleh ulang step yang sama tadi untuk transaksi-transaksi yang lain.
  22. Anda bolehlah semak limit semasa untuk transaksi-transaksi yang lain dan sekiranya Anda rasa limit tersebut macam terlalu over, Anda bolehlah tukar kepada limit yang baharu.
    Cara Tukar Limit Transaksi Ambank gunakan Online Website Portal

So kami rasa setakat itu sahaja lah apa yang kami kongsikan untuk artikel kali ini, kami harap artikel ini dapat membantu Anda semua.

Kalau Anda nak transfer ke luar negara, Anda boleh ikuti cara transfer ke luar negara melalui AmBank.

Soalan Lazim

Berikut beberapa soalan dan jawapan mengenai limit transaksi AmBank

1. Kenapa ambank saya tidak dapat transfer sebab expired, macam mana nak selesaikan masalah ni?

Apa yangg expired tu? kad ATM ke? kalau kes ATM Anda kena ke kaunter Ambank.

2. Kalau kerana macam ni ? “Nampaknya ada masalah dengan penerima Maklumat Akaun. Sila semak pemindahan Anda butiran dan cuba lagi. baik teruskan” macam mane ye?

Biasanya ada masalah dengan akaun penerima, Anda boleh cuba dapatkan nombor akaun lain ye, tak pun Anda cuba transfer pakai bank lain contohnya macam maybank2u ke.