Tambah nilai kredit sangat berguna bagi Anda yang kerap menggunakan telefon bimbit, terutamanya bagi pengguna yang tidak menggunakan pelan data internet atau yang mempunyai pelan data yang terhad.
Dengan tambah nilai kredit, Anda boleh terus mengakses perkhidmatan telefon dan internet pada telefon bimbit Anda tanpa perlu risau kehabisan kredit.
Bagi Anda pemegang akaun AmBank, sekarang ni Anda bukan sahaja boleh transfer antara bank dan topup eWallet Anda tanpa bayaran admin, Anda juga boleh reload topup dengan harga yang agak rendah melalui AmBank. Untuk reload topup dengan AmOnline, ikut langkah berikut:
Cara Reload Topup Melalui AmBank
Tutorial kali ini mengenai cara reload prepaid melalui AmBank (AmOnline) AmBank.
- Pertama-tama Anda taip pada google pencaharian Anda, iaitu Anda taip AmBank Online
- Lepas tu Anda klik Login
- Masukkan Username seperti biasa, lepas tu Anda klik Log In Now
- Sahkan Security Image Anda, bila betul Anda klik pada butang Yes
- Kemudian masukkan Password, lepas tu Anda klik Log in
- Klik proses tambah Nilai Prabayar, Anda perlu klik pada icon Prepaid Top Up
- Lalu Anda pilih Mobile Service Provider Anda
- Masukkan Nombor Telefon Anda
- Pilih Amount tambah nilai yang tersedia
- Kemudian Anda klik pada butang Continue
- Anda perlu buat Semakan dan Pengesahan
- Lepas tu Anda klik pada butang Continue
- Masukkan Kod TAC Anda, seterusnya Anda klik butang Confirm
- Tambah nilai prabayar telah berjaya
- Untuk tambah nilai baru, Anda hanya perlu klik pada New Top Up
- Untuk melihat resit, Anda klik pada icon View Receipt
- Anda boleh Muat Turun resit ini sebagai rujukan
Baca juga step cara kemaskini nombor telefon AmBank secara online, kaunter dan ATM.
Kelebihan Topup Melalui AmBank
Berbanding topup kredit di tempat lain, tambah nilai kredit di AmOnline lebih untung dan senang, antaranya:
- Kredit tiba serta-merta: Salah satu kelebihan yang Anda boleh dapat ialah kredit masuk serta merta.
- Tiada yuran tambahan: Kelebihan lain ialah kredit yang Anda beli adalah murah, tiada bayaran tambahan.
- Banyak pilihan penyedia: Anda juga boleh membeli kredit daripada banyak pembekal seperti Digi, TuneTalk, U Mobile, Celcom dan banyak lagi.
- Beli kredit pada bila-bila masa: Kelebihan lain ialah Anda boleh membeli kredit pada bila-bila masa.
Setakat itu sahaja untuk perkongsian kami kali ini, semoga ianya dapat membantu Anda.