Transfer duit dengan DuitNow Maybank2u ni sangat senang. Anda tak perlu risau lagi kena ada atau ingat nombor akaun penerima.
Cukup dengan nombor telefon penerima, duit kita dah boleh transfer dengan mudah melalui transaksi online. Cara guna DuitNow Maybank ni pun sangat mudah, jom kami kongsikan panduan guna portal Maybank2u.
Cara Transfer Duit Maybank Guna DuitNow
Satu jenis pemindahan yang boleh dilakukan dalam Maybank2u ialah pemindahan ke akaun DuitNow. Akaun Maybank membolehkan Anda memindahkan dana atau membuat pembayaran tanpa perlu mendaftarkan nombor akaun dan tanpa yuran pemindahan.
Berikut adalah beberapa langkah yang boleh digunakan untuk memindahkan duit guna DuitNow Maybank2u:
- Pertama-tama Anda taip Maybank2u, lepas tu Anda klik Maybank2u.
- Masukkan Username dan klik Login seperti biasa.
- Lalu Anda sahkan Security Image Anda, bila betul Anda klik pada butang Yes.
- Masukkan Password, dan klik Login.
- Klik pada fungsi Pay & Transfer lepas tu Anda klik Transfer.
- Lalu Anda klik pada Other Account (Maybank & Other Bank).
- Masukkan Detail Penerima.
- Pada Nombor Akaun Penerima, masukkan Nombor Akaun Penerima.
- Pada Nama Penerima , masukkan Nama Penerima.
- Pada Jenis Transaksi, Anda pilih pada Funds Transfer.
- Pada Transfer Mode, Anda pilih DuitNow Transfer.
- Pada Jumlah Wang, Anda masukkan Transfer Amount yang Anda nak.
- Pada tarikh kuat kuasa ataupun tarikh yang betul.
- Pada rujukan, Anda boleh masukkan Nama, tarikh dan lain-lain sebagai rujukan Anda. Lepas tu Anda klik pada butang Transfer.
- Pastikan Details penerima betul, sebelum Request TAC. Kemudian Anda klik Secure Verification, guna SMS TAC.
- Nombor TAC akan dihantar ke nombor telefon yang berdaftar, masukkan no TAC 6 digit dan klik Confirm.
- Transaksi telah berjaya, Anda boleh simpan ataupun muat turun resit transaksi ini.
DuitNow ni memang best sebab kita boleh transfer duit dengan cepat! Tak payah risau lagi nak ingat nombor akaun panjang-panjang, cukup dengan nombor telefon penerima, duit kita dah boleh transfer.
Dan yang bestnya, proses transfer tu selamat dan tak perlu risau duit hilang atau tak sampai. Banyak bank pun guna DuitNow ni, seperti Maybank, Ambank, Bank Islam, RHB Bank, CIMB Bank, BSN dan Public Bank.
Tapi, untuk buat transaksi ni, kedua-dua pemberi dan penerima mesti daftar DuitNow dan ada Maybank2u. Dan yang bestnya, kalau transfer duit dibawah RM5,000, takde caj cuma kena bayar caj 50 sen jika transfer lebih dari RM5,000.
Sekiranya Anda menggunakan Unifi di rumah, Anda boleh cuba bayar bil Unifi guna Maybank2u. So, itu sahaja perkongsian kali ini semoga maklumat diatas boleh membantu Anda.