Pernahkah Anda terlupa untuk membayar bil Unifi atau mungkin Anda sedang berada di luar negara dan tidak boleh membuat bayaran secara terus ke kaunter?
Jangan risau, sekarang Anda boleh membayar bil Unifi dengan mudah melalui Maybank2u. Dalam artikel ini, kami akan berkongsi panduan mudah bagaimana untuk membayar bil Unifi melalui Maybank2u.
Cara Bayar Bil Unifi Melalui Maybank2u
Maybank2u adalah perkhidmatan perbankan internet yang disediakan oleh Maybank, salah satu bank terbaik di Malaysia. Perbankan internet Maybank2u membolehkan penggguna melakukan pelbagai transaksi perbankan secara online, seperti membuat pembayaran bil, topup, bayar loan dan membuat pemindahan wang, hanya dengan menggunakan komputer atau telefon.
Dengan Maybank2u, pengguna boleh melakukan transaksi perbankan pada bila-bila masa dan di mana saja, tanpa perlu pergi ke kaunter bank. Ini membuat proses pembayaran bil Unifi atau pun lain-lain bil lebih mudah dan pantas.
Selain itu, Maybank2u juga menawarkan banyak fitur seperti melihat sejarah transaksi, check baki akaun, dan banyak lagi, yang membuat pengurusan kewangan lebih mudah dan berkesan.
Sekiranya Anda nak bayar bil Unifi secara online guna Maybank2u, Anda boleh ikuti step di bawah ni ye.
- Pertama sekali Anda buka website Maybank2u (https://www.maybank2u.com.my)
- Lepas tu Anda masukkan Username dan Password, lepas tu Anda klik Login.
- Seterunsya Anda pergi pada bahagian Pay & Transfer, lalu Anda klik pada Pay & Transfer.
- Pada bahagian Pay From, Anda pilih pada Current Account-i.
- Lalu pada bahagian Pay To, Anda pilih pada JomPAY.
- Lepas tu Anda masukkan Biller Code Anda.
- Anda boleh tengok pada bil Unifi Anda, dan Anda tengok Biller Code dan Ref-1.
- Masukkan Biller Code pada bahagian yang disediakan.
- Lepas tu Anda masukkan Ref-1 atau Reference-1.
- Lalu Anda masukkan Ref-2 atau Reference-2, untuk Ref-2 Anda boleh masukkan Nombor Telefon.
- Seterusnya Anda masukkan Amount yang Anda nak.
- Lalu Anda tick pada bahagian I hereby agree to the Terms and Conditions.
- Lepas tu Anda klik pada bahagian Pay.
- Selepas tu Anda tekan pada bahagian Request, untuk sahkan Secure Verification.
- Lalu Anda tunggu sekejap dan Anda dah pun telah berjaya cara bayar bil unifi di Maybank2u.
Tiada akaun Maybank2u? Tak perlu risau, sila buat akaun Maybank2u secara online.
Dengan membayar bil Unifi melalui Maybank2u, Anda boleh menjimatkan masa dan tenaga. Jika Anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan, sila hubungi khidmat pelanggan Unifi atau Maybank untuk bantuan lanjut.