Sekarang ni ramai rakyat Malaysia yang dah mempunyai akaun Maybank, tapi mereka tak tahu macam mana cara transfer duit dari Maybank ke bank lain.
Transfer duit dari Maybank ke bank lain boleh dilakukan untuk berbagai tujuan seperti pembayaran hutang, pembelian, pembayaran yuran, atau menghantar wang kepada keluarga atau rakan yang mempunyai akaun di bank lain.
Pada artikel kali ini kami akan tunjukkan cara untuk transfer duit daripada akaun Maybank ke bank lain menggunakan Maybank2u.
Cara Transfer Duit Dari Maybank Ke Bank Lain
Jadi, kepada yang baru mengenali Maybank2u Anda boleh follow step dalam artikel ini untuk membuat pemindahan wang ataupun transfer duit.
Kalau Anda tiada akaun Maybank2u, Anda boleh ikuti step cara buat Maybank2u.
- Seperti biasa, Anda perlu Login dulu akaun Maybank2u Anda.
- Kemudian di paparan utama ini, Anda perlu klik dekat bahagian Pay & Transfer.
- Selepas itu, Anda perlu klik pada bahagian Transfer dan di bahagian tu Anda klik dekat bahagian Transfer Form.
- Next and klik pada bahagian Transfer To dan dekat sini Anda pilih Other Accounts.
- Contohnya macam kami, kami nak transfer ke Bank Islam, So kami pilih Bank Islam.
- Selepas itu Anda masukkan Nombor Akaun penerima.
- Masukkan Nama Penerima, kalau nak tahu nama pendek pun tak apa.
- Selepas dah taip, Anda pilih pula dekat bahagian Transaction Type Anda pilih Fund Transfer.
- Selepas itu dekat bahagian Transfer Mode ini sila pilih DuitNow.
- Pastikan Anda pilih DuitNow Transfer, sebabnya DuitNow Transfer ini adalah pemindahan segera, Instant Transfer maksudnya.
- Kalau Interbank GIRO adalah pemindahan biasa dan biasanya dia memang ambil masa sedikit untuk masuk ke akaun penerima.
- Selepas itu Anda masukkan Jumlah Wang yang Anda nak transfer dan Anda masukkan pula rujukan. Bila dah siap klik Transfer.
- Pastikan butiran maklumat yang dipaparkan adalah betul dan tepat. Yang penting nama penerima dan akaun penerima pastikan betul.
- Dan kalau semua dah betul dan dah okey, Anda klik pada Request TAC dan seperti biasa, Nombor TAC akan dihantar ke SMS Anda.
- So Anda masukkan Nombor TAC Anda terima di SMS tadi, klik Confirm.
- So, Anda sudah pun berjaya membuat pemindahan daripada akaun Maybank Anda ke bank lain dan pastikan status transaksi adalah berjaya.
Okay, itu sahaja perkongsian kami kali ini. Sekiranya Anda nak transfer duit ke luar negara, boleh follow artikel ni cara transfer duit ke luar negara guna Maybank2u.
Soalan Lazim
Soalan dan jawapan yang mungkin boleh membantu Anda.
1. Kalau yang phone punya boleh tak? Sebab dalam phone tak boleh fund transfer?
Boleh.
2. Kalau nak daftar transfer online ni perlu pergi kaunter Maybank?
Anda dah ada akaun Maybank2u ke? kalau belum ada dan masih belum kemaskini nombor telefon bimbit, Anda kena ke kaunter Maybank ya untuk buat kemaskini nombor telefon bagi tujuan pendaftaran Maybank2u.
3. Nak tanya, no akaun penerima tu macam akaun Maybank kita ke atau no akaun yang kita nak transfer tu puan?
Nombor akaun penerima tu adalah nombor akaun orang yang kita nak transfer.
4. Kalau recipient reference tu tak letak apa-apa takpe ke?
Rasanya wajib kena letak, Anda bebas nak letak apa-apa sahaja kat situ, boleh letak no telefon, kalau beli baju boleh letak saiz baju.