Cara Bayar Bil IWK Indah Water Konsortium Maybank2u

Posted on

Ramai yang bertanya macam mana cara bayar bil Indah Water Konsortium melalui Maybank2u. Indah Water Konsortium (IWK) adalah syarikat yang bertanggungjawab untuk mengurus dan memelihara sistem pembuangan sisa di seluruh Malaysia.

IWK menyediakan perkhidmatan pembuangan sisa yang berkualiti dan memastikan lingkungan dalam keadaan yang selamat dan sihat.

Seperti syarikat utiliti lain, IWK mengenakan bayaran bil bulanan kepada pengguna untuk perkhidmatan yang diterima. Anda boleh membayar bil IWK dengan menggunakan pelbagai cara, termasuk menggunakan online banking Maybank2u.

Berikut adalah langkah-langkah untuk membayar bil IWK menggunakan Maybank2u.

Bayar bil IWK dengan Maybank2u

Bayar bil IWK dengan Maybank2u

Untuk artikel kali ini kami ingin berkongsi dengan Anda cara-cara untuk membayar bil Indah Water melalui perbankan atas talian Maybank2u.

Pertama sekali, Anda perlu mempunyai akaun Maybank2u lepas tu ikuti step di bawah ni.

  1. So bagi yang memiliki akaun Maybank2u, pertama sekali Anda perlu log masuk ke akaun Anda.
    Bayar bil IWK dengan Maybank2u
  2. Kemudian Anda klik pada Pay dan New Payee.
    Bayar bil IWK dengan Maybank2u
  3. Untuk memudahkan pencaharian Anda boleh taip iaitu cari Indah Water Konsortium.
    Bayar bil IWK dengan Maybank2u
  4. Lepas tu masukkan Nombor Akaun IWK Anda yang terdapat pada Bil Resit IWK.
  5. Kemudian Anda klik pada butang Continue.
    Bayar bil IWK dengan Maybank2u
  6. Lepas tu masukkan jumlah bil, lepas tu tekan Proceed.
    Bayar bil IWK dengan Maybank2u
  7. Akhir sekali Anda klik pada butang Confirm & Pay selepas Anda sahkan payment bills yang tertera diatas.
    Bayar bil IWK dengan Maybank2u
  8. Apabila pembayaran berjaya dibuat, Anda akan diberi pilihan untuk Share My Receipt.
    Bayar bil IWK dengan Maybank2u
  9. Mudah kan cara untuk bayar Resit IWK sekarang.

Lepas ni, Anda akan menerima pengesahan melalui e-mel atau SMS dari Maybank. Ingat untuk selalu menyemak baki akaun Anda sebelum membuat pembayaran untuk memastikan cukup wang untuk pembayaran.

Selain itu, IWK juga menawarkan pelbagai cara lain untuk membayar bil seperti melalui aplikasi IWK, cawangan bank, mesin ATM atau melalui Pos. Anda juga boleh mengaktifkan ciri auto debit dari akaun bank Anda untuk memastikan bil Anda dibayar tepat pada masa yang ditetapkan.

Kalau Anda nak bayar bil utiliti TNB, Anda baca artikel ni ye cara bayar bil TNB melalui MAE.

Kelebihan Bayar Bil IWK Melalui Online

Membayar bil Indah Water Konsortium melalui online mempunyai beberapa kelebihan antaranya:

  1. Anda hanya perlu log masuk ke akaun online banking Maybank Anda dan mengikuti beberapa langkah mudah untuk membuat pembayaran. Step ni menghemat masa dan tenaga kerana Anda tidak perlu pergi ke kaunter bayaran atau menunggu di barisan panjang.
  2. Transaksi secara online pastilah selamat sebab pembayaran Anda di buat oleh sistem keselamatan yang kuat dan Anda boleh menyemak transaksi Anda pada bila-bila masa melalui akaun online banking Anda.
  3. Pembayaran bil secara online menawarkan flexibiliti dan kemudahan untuk membayar bil pada bila-bila masa.
  4. Sekiranya Anda perlukan bukti pembayaran, Anda boleh cetak resit secara online. Selain itu, pembayara melalui Maybank2u dapat menyimpan rekod bil yang lama dan memudahkan Anda untuk menyemak bil-bil yang telah dibayar.

Semak Bil Indah Water Melalui Aplikasi IWK

Untuk semak bil Indah Water melalui aplikasi IWK, Anda perlu mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun aplikasi IWK dari Google Play atau App Store.
  2. Log masuk ke dalam aplikasi IWK Anda.
  3. Pilih Bil dari menu utama.
  4. Semak jadual bil yang diterima. Anda boleh menyemak bil bulanan atau bil terdahulu.
  5. Klik pada bil yang ingin Anda semak untuk melihat maklumat lanjut.
  6. Selesai.

Kami nasihatkan Anda untuk bayar bil IWK tepat waktu. Jika Anda mengalami masalah dalam log masuk atau membayar bil melalui aplikasi, sila hubungi khidmat pelanggan IWK untuk bantuan.