Sekarang ni kad debit BigPay boleh digunakan dalam aplikasi Grab. Jadi, Anda boleh gunakan kad ni untuk bayar Grab rides, beli makanan, beli tiket wayang dan banyak lagi.
Selain itu, Anda juga boleh gunakan BigPay untuk withdraw duit dari ATM. Bayangkan, Anda dah sampai kat luar rumah tapi takde duit tunai untuk beli makanan atau beli benda-benda kecil yang Anda perlukan. Nah, BigPay ni boleh membantu Anda.
Sekiranya Anda nak linkkan kad BigPay ke Grab app, Anda boleh ikuti langkah-langkah di bawah ni ye.
Cara Tambah Kad BigPay di Aplikasi Grab
Anda boleh gunakan kad Bigpay untuk bayar Grab rides, beli makanan, beli tiket wayang dan banyak lagi.
- Mula-mula Anda buka Grab App. Lepas tu Anda tekan Finance.
- Sebelum ni kami dah pernah tambah MAE Kad, so kalau tak Anda boleh tengok je dekat bawah ni.
- Kalau nak tambah lagi kad, Anda tekan dekat Settings.
- Lepas tu tekan pada All payment methods.
- Yang atas ni, itu kami pakai MAE Kad.
- Untuk tambah BigPay kad pula, Anda tekan pada Add Payment Methods.
- Ambil Kredit ataupun Debit Card.
- Dan masukkan Nombor Kad, Tarikh dan CVV.
- Bila dah selesai masuk Details. Kemudian Anda tekan butang Save.
- Seterusnya Anda masukkan OTP Number.
- Anda kena caj sebesar RM1, dia akan kenakan bayaran RM1, nanti dia masukkan balik RM1 tu kepada Anda lagi.
- Kemudian Anda tekan pada butang Submit.
- Oke dah berjaya tambah kad.
- Untuk BigPay kad ni dia masih MasterCard.
- Dia Payment RM1 untuk tambah kad dekat Grab App.
Itulah panduan ringkas tentang cara tambah kad BigPay di Grab App. Senang je kan? Dengan adanya kad BigPay ni, Anda boleh buat pembayaran dengan lebih mudah dan selamat.
Untuk tingkatkan limit transaksi harian BigPay, Anda boleh baca artikel cara semak limit transaksi BigPay dan tukar had harian secara online.
Ingat, sebelum Anda tambah kad BigPay ni, pastikan dah ada akaun BigPay yang aktif dan baki dalam kad mencukupi untuk buat pembayaran. Jangan risau kalau Anda ada masalah sebab khidmat pelanggan BigPay sentiasa sedia membantu Anda.
Akhir kata, semoga artikel ni membantu Anda dalam menggunakan Grab App dan kad BigPay. Jangan lupa untuk kongsikan artikel ni dengan kawan-kawan Anda yang lain ye.