Cara Semak Limit Transaksi BigPay Tukar Had Harian

Posted on

BigPay adalah aplikasi e-wallet popular yang membolehkan pengguna untuk melakukan transaksi di hujung jari sahaja.

Dalam menggunakan aplikasi ini, pastikan bahawa Anda mematuhi had transaksi yang telah ditetapkan oleh pihak BigPay.

Untuk Anda yang baru guna BigPay, mungkin Anda tak tahu lagi apa tu limit transaksi atau had pemindahan. Kali ini kami nak share dengan Anda cara nak semak limit transaksi BigPay.

Cara Semak Limit Transaksi BigPay

Apakah Had Akaun BigPay

Had akaun atau limit dalam BigPay merujuk kepada jumlah maksimum wang yang boleh disimpan dalam akaun BigPay serta jumlah maksimum wang yang boleh dipindahkan atau dibelanjakan menggunakan kad BigPay dalam satu masa.

Had akaun atau limit ini bertujuan untuk mengelakkan penggunaan yang tidak sah atau penipuan dalam akaun BigPay.

1. Jumlah Maksimum Dompet BigPay

Pertama-tama, kami nak kongsikan maklumat tentang jumlah maksimum dompet BigPay. Jumlah maksimum dompet BigPay adalah RM20,000.

Jadi, kalau Anda nak gunakan kad BigPay untuk membeli barang atau perkhidmatan, pastikan bahawa baki dalam dompet Anda tidak melebihi jumlah maksimum yang ditetapkan.

Untuk tingkatkan had sehingga RM20,000, Anda mesti ikuti langkah berikut:

  • Aktifkan fungsi Geolokasi pada telefon Anda.
  • HP atau telefon Anda mesti menggunakan OS (operating system) terkini. Untuk iOS atau iPhone kena gunakan versi 12 atau lebih baharu dan untuk Android kena gunakan versi 9 atau lebih baharu.

2. PayWave

PayWave adalah ciri di dalam kad BigPay yang membolehkan Anda membayar dengan hanya mengayunkan kad BigPay dekat terminal pembayaran atau tanpa sentuh.

had pembayaran untuk payWave adalah RM1,000 setiap hari, sekiranya Anda telah gunakan had harian tersebut, Anda kena gunakan PIN dan CIP untuk pembayaran seterusnya.

Namun, Anda kena pastikan bahawa tempoh tamat kad Anda masih sah dan juga pastikan bahawa baki dalam dompet Anda mencukupi untuk membayar.

Kalau kad BigPay expired ataupun tamat tempoh, sila segera tukar kad tersebut dengan yang baru.

3. Had Pemindahan

Had pemindahan merujuk kepada jumlah maksimum yang Anda boleh pindahkan dari akaun bank Anda ke dalam dompet BigPay.

Had pemindahan bagi pengguna kad BigPay biasa adalah RM5,000/hari  dan RM10,000/bulan

4. Had Pengeluaran Tunai ATM

Had pengeluaran tunai ATM merujuk kepada jumlah maksimum yang Anda boleh keluarkan daripada ATM menggunakan kad BigPay.

Limit pengeluaran tunai ATM bagi pengguna kad BigPay adalah 10 pengeluaran setiap hari dan had pengeluaran maksimum adalah RM10,000 setiap hari.

Untuk makluman, had pengeluaran ni bergantung kepada mesin/penyedia ATM.

5. Had Transaksi DuitNow

Had transaksi DuitNow merujuk kepada jumlah maksimum yang Anda boleh transfer menggunakan DuitNow.

Anda boleh berurus niaga sehingga RM10,000/hari dengan DuitNow QR atau DuitNow ID Transfer atau DuitNow Instant Transfer.

  • Pembayaran QR ke akaun peribadi di luar BigPay, mempunyai had RM 5,000/hari.
  • Pemindahan ke akaun BigPay lain dengan pemindahan ID QR/DuitNow mempunyai had dikongsi dengan pemindahan Rakan BigPay sebanyak RM 2,000/hari.
  • Pembayaran QR kepada peniaga mempunyai had RM 3,000/hari

Cara Semak Limit Transaksi BigPay

Untuk memeriksa had akaun atau limit dalam BigPay, Anda boleh masuk ke dalam aplikasi BigPay dan ikuti langkah berikut:

  1. Pertama sekali Anda buka aplikasi eWallet BigPay.
    Cara Semak Limit Transaksi BigPay
  2. Kemudian Unlock Fingerprint Anda ataupun Anda guna Pass Kod.
    Cara Semak Limit Transaksi BigPay via Apps
  3. Untuk cek limit sebenarnya Anda boleh tengok dekat sini. Bila Anda dah login, Anda boleh tengok dibawah ada menu Settings. Anda tekan sahaja pada menu Settings.
    Cara Semak Limit Transaksi BigPay via Apps
  4. Kemudian Anda boleh nampak dalam menu Settings ni, diatas sekali Anda boleh nampak nama Anda, kemudian dibawah tu ada mata ganjaran dan juga DuitNow Account Number.
  5. Yang mana Anda boleh guna untuk transfer duit yang masuk ke dalam eWallet BigPay daripada eWallet lain ataupun Bank Account.
  6. Untuk artikel ini kami nak tunjukkan, dekat mana nak semak limits eWallet BigPay.
  7. Anda boleh nampak dibawah sekali tu ada menu Limits. Jadi Anda tekan sahaja pada Menu Limits.
    Cara Semak Limit Transaksi BigPay via Apps
  8. Dalam menu Limits ni Anda boleh nampak macam-macam settings limit kan, dan atas sekali tu Anda boleh nampak RM20.000 tu ialah maximum balance you can have at a time in your wallet, maksudnya maksimum yang Anda boleh masukkan dalam satu masa dalam Wallet BigPay ini ialah RM20.000.
    Cara Semak Limit Transaksi BigPay via Apps
  9. So kalau Anda nak pakai lebih daripada RM20.000, memang tak boleh.
  10. Dekat bawah tu pula Anda boleh nampak Daily Transfer Friends, Local Banks, International Banks, DuitNow QR (Merchant), dan juga DuitNow QR (P2P) and DuitNow Transfer/Instant Transfer.
    Cara Semak Limit Transaksi BigPay via Apps
  11. Dan dibawah sekali Anda boleh tengok Montly Transfer untuk Local Banks ialah RM10.000
  12. Dibawahnya Anda boleh tengok Card Usage untuk Daily ATM Withdrawal ialah RM10.000 dan juga Daily Contactless ialah RM1.000.
    Cara Semak Limit Transaksi BigPay via Apps
  13. Anda boleh ubah Daily Transfer Anda dengan slide ke kiri atau ke kanan Slider.
  14. Seterusnya bila dah selesai set Daily Transfer, Anda boleh tekan bahagian Save.
    Cara Semak Limit Transaksi BigPay via Apps

Sekarang, Anda sudah tahu cara-cara untuk semak limit transaksi dan tukar limit transaksi BigPay.

Pastikan Anda sentiasa mematuhi had transaksi yang ditetapkan oleh pihak BigPay supaya Anda dapat menggunakan aplikasi ini dengan lancar.