Transfer duit melalui aplikasi perbankan merupakan cara yang semakin popular dan mudah digunakan bagi melakukan transaksi kewangan. Aplikasi perbankan seperti Maybank2u, CIMB Clicks, RHB Now dan lain-lain memberikan pelanggan akses untuk melakukan transfer duit dengan hanya menggunakan telefon pintar.
Perkongsian kali ini adalah cara untuk transfer duit menggunakan aplikasi Maybank2u, so kepada Anda yang baru menggunakan aplikasi ini semoga artikel ini dapat membantu Anda semua.
Apa itu Maybank Apps
Aplikasi Maybank2u adalah aplikasi mobile banking yang disediakan oleh Maybank untuk memudahkan pelanggan dalam melakukan transaksi kewangan seperti bayar bil, pengeluaran wang tanpa kad, pemindahan wang, topup kredit dan banyak lagi.
Aplikasi Maybank2u boleh digunakan kalau pelanggan dah mempunyai akaun Maybank yang aktif. Berikut step cara daftar Maybank2u secara online.
Kelebihan app Maybank2u
Berikut ni adalah beberapa kelebihan dari aplikasi Maybank2u.
- Aplikasi Maybank2u sangat mudah digunakan dan selamat, memudahkan pengguna untuk melakukan transaksi kewangan pada bila-bila masa.
- App Maybank2u ni boleh digunakan sepanjang masa, 24 jam sehari dan 7 hari seminggu.
- Pengguna app Maybank2u boleh melakukan pelbagai jenis transaksi kewangan seperti pembayaran loan, pengeluaran wang, pemindahan wang dan banyak lagi.
- Aplikasi Maybank2u akan memberikan notifikasi kepada pelanggan mengenai transaksi yang dilakukan, memudahkan pelanggan untuk mengawasi akaun bank mereka.
- Setiap pengguna aplikasi Maybank2u akan diberikan akses kepada maklumat akaun mereka, termasuk baki akaun, sejarah transaksi dan lain-lain.
Cara Install Aplikasi Maybank2u
Sebelum Anda boleh menggunakan aplikasi ni, pertama sekali Anda perlu mempunyai aplikasi Maybank2u di telefon Anda. Berikut adalah langkah-langkah cara pasang aplikasi Maybank2u:
- Buka Google Playstore atau Appstore pada telefon Anda.
- Cari aplikasi Maybank2u MY.
- Klik Install untuk memasang aplikasi.
- Setelah aplikasi selesai dipasang, klik Open untuk membuka aplikasi.
- Sila log masuk menggunakan username dan kata laluan yang telah didaftarkan.
Cara Transfer Duit Melalui Apps Maybank2u
Dan Bagi Anda yang dah mempunyai app Maybank2u, berikut adalah step cara transfer duit ke bank lain guna aplikasi Maybank2u.
- Mula-mula Anda kena buka dulu aplikasi Maybank2u. Lepas tu Anda perlu masukkan Kata Laluan, lepas tu Anda klik Login.
- Untuk Anda membuat pindahan wang, Anda perlu klik pada bahagian Transfer.
- Lepas tu dekat sini Anda perlu klik pada bahagian Transfer to Other Accounts.
- Dan dekat sini Anda perlu klik pada icon +.
- Dan Anda perlulah pilih Bank yang Anda nak transfer, kalau Anda nak transfer ke Public Bank, Anda perlu klik pada bahagian Public Bank, tapi kalau Anda nak transfer ke Maybank, Anda perlu klik dekat bahagian Maybank.
- Lepas tu dekat sini pula Anda perlu masukkan nombor akaun penerima dan bila dah siap Anda perlu klik pada bahagian Continue.
- Dekat sini pula Anda perlu masukkan jumlah wang yang Anda nak transfer, lepas tu Anda klik OK.
- Anda perlu masukkan butiran rujukan, untuk butiran rujukan ni Anda bebas untuk taip apa apa sahaja. Contohnya kalau Anda beli powerbank, dekat sini Anda boleh taip nama powerbank yang Anda beli tu.
- Lepas Anda dah siap isi maklumat yang diperlukan, Anda perlu klik pada bahagian Proceed.
- Lepas tu dekat paparan yang ni, Anda perlu semak semua butiran yang dipaparkan. Sila pastikan butiran tersebut betul, dan kalau betul Anda klik pada bahagian Confirm & Transfer.
- Lepas tu Anda perlu klik pada butang Approve, untuk Anda membuat pengesahan transaksi.
- Dan Anda dah pun berjaya transaksi duit menggunakan aplikasi Maybank2u.
- Kalau Anda nak resit transaksi ni, Anda perlu klik sahaja dekat bahagian Share My Receipt.
Anda boleh melakukan transfer duit guna Maybank2u pada bila-bila masa dan di mana sahaja tanpa perlu ke kaunter bank. Tentu sahaja aplikasi ni sangat memudahkan dan mempercepatkan proses transfer duit. Aplikasi Maybank2u juga membuat transaksi lebih selamat dengan pengesahan yang lebih ketat dan Anda boleh dapatkan notifikasi ataupun resit transaksi.
So itu sahaja cara Anda untuk transfer menggunakan aplikasi Maybank2u. So macam mana boleh buat ke apa-apa pun, jom kita coba cara tersebut.