Dalam era digital yang semakin pesat ini, perbankan melalui telefon pintar atau mobile banking semakin popular di kalangan pengguna.
RHB Bank turut menyediakan perkhidmatan mobile banking yang dikenali sebagai RHB Mobile Banking untuk memudahkan pelanggan dalam melakukan transaksi perbankan.
RHB Mobile Banking adalah satu aplikasi mudah alih yang membolehkan pengguna mengakses akaun perbankan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma melalui Google Play Store ataupun Apple App Store.
Kelebihan utama RHB Mobile Banking adalah kemudahan yang diberikan kepada pelanggan untuk melakukan pelbagai transaksi perbankan.
Antara transaksi yang boleh dilakukan melalui aplikasi ini adalah seperti semak baki akaun, bayar bil, topup kredit, semak sejarah transaksi dan banyak lagi.
Cara Daftar RHB Mobile Banking
Sekiranya Anda berminat untuk mendaftar aplikasi RHB mobile banking, Anda boleh ikuti cara daftar RHB mobile banking di bawah ni.
Sila download RHB Mobile Banking di Google Playstore atau App Store dulu ye, lepas tu install dalam phone Anda.
- Selepas install, Anda buka aplikasi RHB Mobile Banking, pada laman log masuk ini, tekan pada Register with RHB untuk mula mendaftar.
- Kemudian, Anda dikehendaki untuk isikan nombor kad debit/kad ATM pada ruangan yang disediakan.
- Sekiranya sudah selesai, tekan Next.
- Selepas itu, isikan Debit Card dan isikan pula Nombor PIN kad tersebut diruangan bawahnya.
- Sekiranya sudah selesai, tekan Next.
- Seterusnya, Anda perlu isi nombor telefon yang berdaftar pada bahagian Mobile Number dibawahnya.
- Sekiranya sudah selesai, tekan Submit.
- Pada bahagian ini, isikan saja Nombor OTP yang diterima sebagai pengesahan.
- Selepas itu, Anda dikehendaki untuk lengkapkan, Kata Laluan, Emel dan Secure Word.
- Sekiranya sudah selesai, tekan Next.
- Seterusnya, pada laman ini, jika Anda bersetuju dengan terma dan syarat yang dinyatakan ini, tekan saja pada tiga kotak tersebut.
- Sekiranya sudah selesai, tekan Submit.
- Anda dikehendaki sekali lagi isikan Nombor OTP yang diterima sebagai pengesahan.
- Selepas itu, pada bahagian soalan keselamatan ini, Anda dikehendaki untuk memilih soalan beserta jawapan pada ruangan yang disediakan.
- Sekiranya sudah selesai, tekan Next.
- Seterusnya, Anda diberi pilihan untuk tetapkan sekuriti log masuk secara Nombor PIN atau Biometric.
- Jika sudah selesai, tekan Continue.
- Selepas itu, tekan pada kotak ini sebagai tanda persetujuan dengan terma dan syarat yang dinyatakan.
- Sekiranya sudah selesai, tekan Authorise Now.
- Selepas ini, Anda boleh lakukan pelbagai jenis urusan perbankan internet dari akaun RHB Bank Anda yang ditawarkan dalam aplikasi ini.
RHB Mobile Banking juga mempunyai beberapa ciri-ciri yang menarik seperti e-Statement yang membolehkan pelanggan memuat turun penyata akaun RHB mereka dalam bentuk elektronik PDF.
Bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna, RHB Mobile Banking dilengkapi dengan teknologi keamanan yang kukuh seperti pengesahan dua faktor bagi setiap transaksi.
Pengguna juga boleh mengaktifkan pengesahan biometrik seperti cap jari atau pengimbas wajah bagi meningkatkan lagi tahap keselamatan.