Sama seperti bank-bank lain di Malaysia, RHB Bank juga menyediakan perkhidmatan untuk mendapatkan bank statement secara online.
Jadi, tak perlu lagi pening kepala fikir macam mana nak dapatkan penyata Bank RHB, sebab sekarang Anda boleh buat semuanya dengan mudah melalui online.
Adakah Anda sering mengalami masalah kehilangan kertas statement bank RHB atau terpaksa meluangkan masa untuk pergi ke cawangan Bank hanya untuk mendapatkannya?
Jangan risau, sebab sekarang kita boleh mendapatkan penyata Bank RHB secara online dan serta merta.
Cara Dapatkan Penyata Bank RHB Secara Online
Untuk mendapatkan penyata RHB bank secara online, Anda perlu mendaftar dahulu untuk perkhidmatan RHB online Banking.
Caranya mudah je, Anda hanya perlu download dan buka aplikasi RHB Mobile Banking dan lepas tu klik pada butang register untuk mula mendaftar. Tutorial cara daftar RHB online Banking dah kami sediakan ye.
Bagi Anda yang dah mempunyai akaun RHB online, Anda boleh ikuti langkah-langkah berikut:
- Pertama sekali, selepas Anda log masuk ke aplikasi RHB Mobile Banking, pada laman utama sila tekan pada Accounts yang terletak di bawah.
- Seterusnya, tekan pada Akaun Anda. Pada bahagian ini pula, tekan pada Statements.
- Anda diberi pilihan untuk muat turun penyata akaun mengikut bulan atau secara bulanan.
- Jadi tekan pada salah satu penyata bulanan tersebut ia akan secara automatik muat turun penyata ini yang disimpan dalam format PDF.
- Anda boleh kongsi penyata ini sama ada melalui Whatsapp atau print di kemudian hari.
- Selepas ini, Anda boleh gunakan penyata ini untuk pelbagai jenis urusan yang memerlukan penyata Bank seperti ingin memohon pinjaman perumahan, kenderaan, dan sebagainya.
Jadi, itulah cara untuk mendapatkan penyata Bank RHB secara online guna aplikasi mobile banking.
Soalan Lazim
Berikut ni adalah beberapa soalan lazim yang mungkin dapat membantu Anda semua mengenai cara dapatkan penyata Bank RHB secara online.
1. Adakah perkhidmatan RHB mobile banking dan RHB online banking ni percuma?
Ya, perkhidmatan online tersebut adalah percuma untuk semua pelanggan.
2. Adakah saya perlu membayar untuk melihat penyata Bank saya secara online?
Tidak, melihat penyata bank secara online melalui RHB mobile banking ataupun website RHB online banking adalah percuma.