Cara Tukar Limit Transaksi Transfer Bank Muamalat

Posted on

Limit transaksi Bank Muamalat ialah had maksimum yang diberikan kepada kita untuk membuat transaksi menggunakan akaun perbankan kita (iMuamalat).

Sebagai contoh, had maksimum untuk pemindahan wang ke akaun bank dalam negeri ialah RM50,000 sehari. Maksudnya, kita hanya boleh memindahkan wang sehingga RM50,000 dalam sehari.

Selain itu, limit transaksi juga termasuk transaksi seperti bayaran bil, pemindahan dana ke pihak ketiga, dan pembelian emas, antara lain. Setiap transaksi ini mempunyai had maksimum yang berbeza-beza.

Cara Tukar Limit Transfer Bank Muamalat

Jenis Limit Transfer Bank Muamalat

Bank Muamalat menetapkan beberapa jenis limit untuk transfer dana yang disediakan untuk pelanggan. Jenis-jenis limit tersebut adalah:

Jenis Transaksi Had Maksimum
3rd Party Funds Transfer/3rd Party Financing Payment, 3rd Party Credit Card RM50,000
Interbank GIRO (IBG) RM50,000
Bill Payment RM50,000
EPF Payment RM9,999
Debit Payment Engine RM50,000
Remittance Transfer RM5,000
Prepaid Reload RM1,000
FPX Payment RM50,000
Buy Gold RM10,000
DuitNow QR RM50,000
DuitNow Transfer/DuitNow Request Payment RM50,000
Transfer Gold-i RM10,000

Cara Tukar Limit Transfer Bank Muamalat

Untuk menukar limit transaksi Bank Muamalat secara online, Anda perlu masuk ke akaun perbankan Anda di laman web iMuamalat.

Sekiranya Anda tiada akaun i-Muamalat, jom baca cara daftar bank Muamalat online banking.

Di sana, Anda akan dapat melihat dan menukar limit transaksi untuk setiap jenis transaksi seperti pemindahan dana, bayaran bil dan lain-lain.

Bagi Anda yang ingin menukar limit transaksi Bank Muamalat secara online, Anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Pertama sekali, anda perlu ke website i-Muamalat.
  2. Masukkan Username, klik Next.
    Cara Tukar Limit Transfer Bank Muamalat
  3. Masukkan Kata Laluan, klik Login.
    Cara Tukar Limit Transfer Bank Muamalat
  4. Untuk tukarkan Limit Transfer, pilih Other Service.
  5. Pilih My Data, Klik Change Transaction Limit.
    Cara Tukar Limit Transfer Bank Muamalat via Website Portal Online
  6. Anda boleh pilih untuk tukarkan had Pemindahan yang diperlukan.
  7. Ini adalah had Pemindahan semasa anda belum ditukar. Cara untuk tukarkan limit, anda hanya perlu tukarkan jumlah yang baru pada bahagian New. Setelah itu, klik Submit.
    Cara Tukar Limit Transfer Bank Muamalat via Website Portal Online
  8. TAC akan dihantar ke nombor yang berdaftar. Masukkan no TAC 6 digit dan klik Confirm.
    Cara Tukar Limit Transfer Bank Muamalat via Website Portal Online

Limit transaksi ini penting untuk memastikan kita tidak membuat transaksi yang melebihi had yang telah ditetapkan.

Hal ini dapat mengelakkan kita daripada terlibat dalam aktiviti perbankan yang tidak sah atau mempunyai risiko tinggi.