Cara Cetak atau Print Statement Bank Muamalat Online

Posted on

Penyata bank ialah dokumen yang merangkumi maklumat tentang transaksi kewangan yang ada dalam akaun bank. Penyata bank biasanya dikeluarkan secara berkala, contohnya setiap bulan dan boleh meliputi pelbagai transaksi kewangan, seperti pembayaran bil, pemindahan wang, pembelian dan banyak lagi.

Penyata bank ni boleh membantu Anda uruskan kewangan Anda, sebab boleh berikan maklumat lengkap tentang transaksi yang telah berlaku dalam akaun bank.

Jika Anda ingin dapatkan statement Bank Muamalat secara online dan perlu cetak penyata bank Muamalat, Anda boleh follow step dalam artikel ni.

Cara Download Print Statement Bank Muamalat

Cara Download Print Statement Bank Muamalat

Artikel kali ini kami akan kongsikan mengenai cara download dan print statement Bank Muamalat melalui i-muamalat.

  1. Pertama sekali Anda perlu ke website https://www.i-muamalat.com.my
  2. Masukkan Username, kemudian klik Next.
    Cara Download Print Statement Bank Muamalat via Online Portal
  3. Klik Yes, this is choose image. Lepas tu masukkan kata laluan, klik Login.
    Cara Download Print Statement Bank Muamalat via Online Portal Website
  4. Seterusnya, klik My Accounts kemudian pilih E-statement.
    Cara Download Print Statement Bank Muamalat via Portal Website
  5. Pilih no akaun Anda, seterusnya klik Search.
    Cara Download Print Statement Bank Muamalat via Online Website
  6. Sistem i-muamalat akan paparkan penyata 3 bulan lepas. Note : e-penyata akan tersedia pada sistem pada hari ke-7 setiap bulan ataupun tarikh lanjutan lain.
  7. Cara untuk statement bank, Anda hanya perlu klik download pdf yang diperlukan sahaja.
    Cara Download Print Statement Bank Muamalat via Website Online
  8. Klik pada icon printer untuk mencetak.
    Cara Download Print Statement Bank Muamalat via Website Portal
  9. Selanjutnya Anda boleh mencetak penyata pada bulan-bulan seterusnya.
  10. Kemudian Anda klik pada butang logout untuk keluar.
    Cara Download Print Statement Bank Muamalat via Website Online Banking

Macam mana kalau takde akaun iMuamalat? Tak perlu risau, sila ikuti step cara daftar iMuamalat online.

Kelebihan Statement Bank Untuk Peniaga atau Usahawan

Semakan penyata bank seperti ini sangat membantu pelanggan bank, peniaga atau usahawan untuk check wang masuk dan keluar secara detail.

1. Semakan status kewangan

Semakan penyata bank boleh membantu peniaga atau usahawan mengikuti pergerakan kewangan mereka, termasuk pemasukan dan pengeluaran.

Statement bank boleh membantu peniaga atau usahawan mengawasi keuntungan dan kerugian perniagaan dan membuat keputusan kewangan yang tepat.

2. Menjejaki pembayaran

Peniaga atau usahawan boleh menggunakan semakan penyata bank untuk menjejaki pembayaran yang diterima dari pelanggan dan memastikan bahawa semua transaksi telah diproses dengan betul.

Statement bank juga membantu peniaga atau usahawan mengelakkan kelewatan pembayaran dan mengelakkan masalah kewangan yang mungkin timbul dari itu.

3. Mengenal pasti masalah kewangan

Semakan penyata bank boleh membantu peniaga atau usahawan mengenal pasti masalah kewangan seperti pengeluaran yang tidak dijangka atau pembayaran yang tertinggal.

Ini boleh membantu mereka mengambil langkah-langkah untuk mengatasi masalah tersebut sebelum ia menjadi lebih buruk.

4. Membuat pelan kewangan

Peniaga atau usahawan boleh menggunakan semakan penyata bank untuk membuat rancangan kewangan yang sesuai untuk perniagaan mereka.

Ini boleh membantu mereka memastikan bahawa mereka mempunyai cukup dana untuk membiayai operasi perniagaan dan mencapai matlamat kewangan yang telah ditetapkan.