Semasa membuat transaksi, resit transaksi pastinya diperlukan terutamanya semasa pemindahan. Di mana resit digunakan sebagai bukti yang sah semasa memindahkan wang pada Bank Muamalat Portal, contohnya semasa memindahkan ke akaun orang lain.
Resit transaksi ialah dokumen yang menunjukkan bahawa transaksi telah dibuat, biasanya dikeluarkan oleh bank atau perkhidmatan pembayaran online. Resit transaksi ni mengandungi maklumat seperti jumlah wang yang dipindahkan, tarikh dan masa transaksi.
Bagi Anda yang ingin cetak semula resit transaksi Bank Muamalat, Anda boleh ikuti step yang kami tunjukkan dalam artikel ini.
Cara Cetak Semula Resit Transaksi Bank Muamalat
Untuk boleh cetak semula resit transaksi melalui i-Muamalat, Anda tentu sahaja kena punya akaun iMuamalat. Cara register iMuamalat sangat mudah, sila ikuti step dalam artikel cara daftar Bank Muamalat online.
Dan bagi Anda yang sudah mempunyai akaun iMuamalat, Anda boleh follow step berikut ini.
- Layari Website i-Muamalat (https://www.i-muamalat.com.my)
- Masukkan Username, klik Next.
- Lepas tu pilih Choosen Image, masukkan Password, lalu Anda klik Login.
- Klik My Account, pilih i-Muamalat Transactions, lalu Anda pilih Current/Savings Account, llau Anda klik Successful Transaction.
- Pilih Tempoh Transaksi yang diperlukan dan pilih jenis transaksi yang diperlukan (All), lalu Anda klik Search.
- Semua transaksi akan terpapar diruangan ini, untuk cetak semula transaksi yang diperlukan, Anda hanya perlu klik pada Nombor Rujukan yang perlu sahaja.
- Lalu Anda Scroll Down, klik pada butang Print.
- Klik Print untuk mencetak secara langsung.
- Anda juga boleh simpan sebagai PDF File.
- Caranya tukarkan printer kepada Save As PDF, kemudian Anda klik Save.
- Setelah selesai, Anda klik pada butang Logout.
Resit transaksi Bank Muamalat berguna sebagai bukti transaksi yang sah dan boleh digunakan sebagai bukti pembayaran yang diterima oleh penerima, atau sebagai bukti pembayaran yang dikeluarkan oleh bank atau perkhidmatan pembayaran atas talian yang digunakan untuk membuat transaksi.
Setakat itu sahaja perkongsian kami untuk artikel kali ini, semoga artikel diatas dapat bermanfaat bagi Anda.