Setiap bank di Malaysia kini menyediakan perkhidmatan yang memudahkan pelanggannya. Salah satunya adalah perkhidmatan internet banking.
Internet banking ini merupakan perkhidmatan untuk menguruskan urus niaga perbankan, di mana Anda tidak perlu bersusah payah datang ke pejabat cawangan.
Hanya dengan menggunakan internet dan komputer atau telefon pintar, Anda sudah boleh menikmati perkhidmatan ini.
Salah satu bank yang menambah perkhidmatan perbankan internet adalah RHB Bank atau Rashid Hussein Bank.
Pelanggan boleh mengakses perkhidmatan ini untuk memeriksa baki akaun, transfer duit dan transfer ke bank lain, dan juga menyemak pemindahan akaun.
Tetapi sebelum Anda perlu mengaktifkan perkhidmatan perbankan internet terlebih dahulu dengan melawat pejabat cawangan terdekat. Dan selepas aktif, Anda boleh mengaksesnya bila-bila masa, di mana sahaja.
Bagaimana Cara Semak Baki Akaun RHB Bank?
Ada 3 cara untuk melakukan semakan baki akaun RHB, iaitu melalui ATM, aplikasi RHB Now dan Internet Banking Online.
Untuk semak baki akaun RHB bank agak mudah, pastikan Anda memiliki Kad ATM debit dan PIN sebagai syarat utama.
Semak Baki Akaun RHB Bank ATM
Cara semak baki melalui ATM tentu sudah sering Anda gunakan, tetapi jika Anda belum tahu caranya sila cuba.
Sila pergi ke ATM RHB terdekat, seterusnya ikuti panduan dibawah ini:
- Masukkan Kad ATM
- Pilih bahasa Malaysia/English
- Masukkan PIN Anda
- Pilih Menu Transaksi Lain/Other
- Pilih Maklumat Akaun/Account Summary
- Pilih Menu Maklumat Baki/Semak Akaun Simpanan
- Maklumat Baki Anda akan terpapar di skrin
- Selesai
Semak Baki Akaun RHB Bank Online
Seperti yang sudah kami sampaikan, untuk menggunakan perkhidmatan ini Anda mesti mendaftar terlebih dahulu. Sila baca panduan cara daftar akaun RHB online banking.
Sekiranya sudah memiliki akaun RHB, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Buka laman https://logon.rhb.com.my
- Masukan username dan password Anda
- Klik menu My Account
- Klik Account Balance
- Maklumat akaun akan terpapar secara lengkap
- Selesai
Semak Baki RHB Bank (RHB Now)
Perlu Anda ketahui, aplikasi RHB Now ini memiliki kemampuan yang mumpuni dan ciri-ciri yang lengkap serta praktikal untuk digunakan pada bila-bila saja dan di mana pun.
Sila Anda download dan install aplikasi RHB Now di Google Playstore untuk pengguna handphone Android dan App Store untuk pengguna handphone iOS iPhone.
- Buka aplikasi RHB Now
- Masukkan username dan password
- Tap menu My Account > Account balance
- Maklumat baki akaun RHB Anda akan terlihat
Sila pilih salah satu cara semak baki akaun bank RHB yang paling mudah untuk Anda gunakan.