Cara Aktifkan Kad Debit Alliance Bank Melalui Online

Posted on

Anda boleh menggunakan kad debit Alliance Bank untuk membuat pembayaran di kedai-kedai atau restaurant yang menerima kad debit, membeli barang di 7E, Shopee atau bayar bil, dan mengeluarkan wang tunai di mesin ATM.

Fungsi utama kad debit Alliance Bank adalah sebagai alat pembayaran yang mudah dan selamat. Kad debit ni membolehkan Anda mengawal perbelanjaan Anda dengan lebih baik kerana jumlah wang yang dibelanjakan akan dipotong terus daripada akaun bank Anda.

Kad debit Alliance juga dilengkapi dengan ciri keselamatan yang tinggi, seperti pengesahan transaksi dengan PIN atau tandatangan elektronik, untuk memastikan transaksi Anda selamat dan terjamin.

Cara Aktifkan Kad Alliance Bank Secara Online

Cara Aktifkan Kad Alliance Bank Secara Online

Sebelum Anda boleh guna kad debit ni, Anda perlu aktifkan dulu ye. Tapi jangan risau, proses pengaktifan tu senang je. Anda boleh aktifkan kad debit Alliance Bank Anda melalui online.

Cara aktifkan kad Alliance Bank secara online ni sesuai untuk Anda yang malas nak keluar rumah.

Sebelum tu, pastikan Anda dah download aplikasi Alliance Bank dan daftar akaun di situ. Selepas tu, ikut je langkah-langkah mudah yang kami bagi kat bawah ni.

  1. Mula-mula sekali, Anda masuk ke Alliance Online.
  2. Pada bahagian Account, Anda pilih Activate Debit Card.
    Cara Aktifkan Kad Alliance Bank Secara Online
  3. Masukkan Nombor Kad Debit Anda.
    Cara Aktifkan Kad Alliance Bank Secara Online
  4. Lepas tu Anda kena ambil Video Selfie, untuk pengesahan.
    Cara Aktifkan Kad Alliance Bank Secara Online
  5. Masukkan 6 Digit PIN untuk kad debit.
    Cara Aktifkan Kad Alliance Bank Secara Online
  6. Bila kad debit telah berjaya diaktifkan.
    Cara Aktifkan Kad Alliance Bank Secara Online
  7. Anda kena set kan limit untuk kad debit Anda.
    Cara Aktifkan Kad Alliance Bank Secara Online
  8. Selepas Anda selesai setkan Limit, Anda kena ambil Video Selfie sekali lagi.
    Cara Aktifkan Kad Alliance Bank Secara Online
  9. Selesai.

Aktifkan Kad Debit Alliance Bank Melalui Website Online

Kalau Anda takde aplikasi Allianceonline app, Anda boleh aktifkan kad debit tu guna website Alliance.

Ni step-by-step cara nak buat pengaktifan kad bank Alliance Bank melalui www.alliancebank.com.my.

  1. Pertama sekali, sila buka pautan https://www.alliancebank.com.my/cpin
  2. Pilih pengaktifan kad debit yang ni Activate Debit/ATM Card. Cara Aktifkan Kad Debit Alliance Bank Melalui Online
  3. Lepas tu Anda kena pilih jenis IC, kemudian isikan no kad pengenalan. Klik butang Activate Debit Card.
  4. Sila semak SMS Anda, masukkan kod OTP tu ke ruangan yang disediakan.
  5. Tahniah, pengaktifan kad debit/ATM Anda berjaya.

Alahai, dah habis dah artikel pasal pengaktifan kad debit Alliance Bank ni. Bagus la kalau Anda dah paham kepentingan dan manfaat penggunaan kad debit ni.

Kalau Anda taknak keluar rumah untuk aktifkan kad debit di cawangan, jangan risau sebab boleh aktifkan secara online je! Canggih kan zaman sekarang ni?

Jadi, apa tunggu lagi? Aktifkan kad debit Alliance Bank Anda sekarang jugak dan nikmati kemudahan serta kelebihannya.