Cara Reload Prepaid Guna Alliance Bank Online Banking

Posted on

Untuk kali ini kami nak berkongsi cara yang mudah dan pantas untuk reload prepaid menggunakan Alliance Bank online atau AllianceOnline.

Kalau Anda selalu terlupa nak top up kredit prepaid, jangan risau sebab dengan tutorial yang kami kongsikan ni, Anda boleh top up kredit prepaid Anda pada bila-bila masa.

Untuk boleh reload kredit telefon guna Alliance online, Anda perlu mempunyai akaun aktif Alliance Bank online ye. Sekiranya Anda dah mempunyai akaun AllianceOneline, sila ikuti step berikut:

Cara Reload Prepaid Guna Alliance Bank Online

Cara Reload Prepaid Guna Alliance Bank Online

Dengan adanya kemudahan untuk top up prepaid secara online, kita tak perlu lagi risau bila kehabisan kredit ketika sedang asyik berbual-bual atau menonton video di telefon pintar Anda.

  1. Pertama sekali Anda perlu login ke Alliance Online.
  2. Seterusnya Anda perlu mengisi Username. Lepas tu Anda klik pada butang Login.
    Cara Reload Prepaid Guna Alliance Bank Online
  3. Selepas login dia akan confirm Anda punya Username, jadi apa yang perlu Anda buat ialah Anda klik I Confirm.
  4. Lepas tu dia akan keluar Password, kemudian Anda isi Password Anda. Bila dah siap, Anda klik pada butang Login.
    Cara Reload Prepaid Guna Alliance Bank Online via Online Portal
  5. Selepas login, sekarang Anda ada dipaparan utama, apa yang Anda kena buat adalah Anda kena pergi kebahagian Prepaid Reload.
  6. Selepas Anda klik Prepaid Reload, dibawah tu ada dua pilihan Prepaid Reload ataupun Favourites, jadi Anda klik Prepaid Reload sahaja.
    Cara Reload Prepaid Guna Alliance Bank Online via Online Portal
  7. Apabila Anda dah klik Prepaid Reload, seterusnya dia akan nampak ada ruangan yang Anda kena isi.
    Cara Reload Prepaid Guna Alliance Bank Online via Online Website Portal
  8. Anda kena isi maklumat seperti Payment From, Reload Category, Service Provider, dan juga Amount.
  9. Bila Anda dah isi semua maklumat tersebut, kemudian pada Reload Type dia cakap guna Pin atau Pinless / E-Topup.
  10. Anda pun diminta untuk isikan Mobile Number atau gunakan kaidah Other. Lepas tu Anda klik pada butang Submit.
    Cara Reload Prepaid Guna Alliance Bank Online via Online Website Portal
  11. Seterusnya Anda diminta untuk masukkan nombor TAC yang dihantar melalui SMS pada telefon bimbit Anda. Bila dah siap, Anda klik pada butang Confirm.
    Cara Reload Prepaid Guna Alliance Bank Online via Online Website Portal
  12. Seterusnya Anda dah pun berjaya, Anda boleh tengok pembayaran adalah Succesfull artinya pembayaran Anda dah pun berjaya.
    Cara Reload Prepaid Guna Alliance Bank Online guna Portal Online Website

Semoga tutorial tentang cara reload prepaid menggunakan Alliance Bank Online yang kami kongsikan ni dapat membantu Anda.

Dalam zaman teknologi yang semakin maju ni, semakin banyak kemudahan yang boleh kita nikmati. Jadi, kita kena ambil kesempatan untuk memudahkan hidup kita dengan teknologi yang ada.

Jangan lupa untuk selalu ingat langkah-langkah yang telah kami kongsikan dalam artikel ni.

Soalan Lazim

Berikut ini adalah beberapa soalan dan jawapan mengenai cara reload prepaid guna alliance bank online yang mungkin boleh membantu Anda.

1. Bolehkah saya menggunakan perkhidmatan top up prepaid menggunakan Alliance Bank Online jika saya bukan pelanggan Alliance Bank?

Tidak, Anda perlu menjadi pelanggan Alliance Bank untuk menggunakan perkhidmatan top up prepaid mereka.

2. Adakah saya perlu memasukkan nombor telefon bimbit saya setiap kali hendak top up kredit prepaid saya?

Ya, Anda perlu memasukkan nombor telefon bimbit Anda setiap kali hendak top up kredit prepaid Anda, atau Anda boleh gunakan fungsi Favourites agar tak perlu masukkan no telefon Anda di masa hadapan.

3. Adakah perkhidmatan top up prepaid menggunakan Alliance Bank Online selamat?

Ya, perkhidmatan top up prepaid menggunakan Alliance Bank Online adalah selamat, kerana ia menggunakan teknologi terbaik untuk melindungi maklumat peribadi Anda.

4. Adakah saya perlu menghubungi penyedia perkhidmatan / telcon telefon bimbit saya selepas menggunakan perkhidmatan top up prepaid menggunakan Alliance Bank Online?

Tidak, Anda tidak perlu menghubungi penyedia perkhidmatan telefon bimbit Anda selepas menggunakan perkhidmatan top up prepaid menggunakan Alliance Bank Online, kerana kredit Anda akan diisi secara automatik.