Cara Redeem Boost eWallet Coins Untuk Topup Prepaid

Posted on

Adakah Anda dah tahu apa itu Boost eWallet Coins? Boost eWallet Coins adalah satu bentuk ganjaran yang diberikan oleh Boost kepada pengguna.

Setiap kali Anda menggunakan Boost untuk membuat pembayaran, Anda akan mendapat Coins. Coins ni macam mata wang virtual yang boleh digunakan untuk membeli barangan dan perkhidmatan yang disediakan oleh Boost.

Tapi, macam mana nak redeem eWallet Coins tu? Jangan risau, kami akan tunjukkan cara-cara nak redeem Boost eWallet Coins.

Cara Redeem Boost eWallet Coins

Coins Boost

Coins Boost adalah satu bentuk ganjaran yang diberikan oleh Boost kepada pengguna apabila pengguna menggunakan aplikasi Boost untuk membuat pembayaran.

Mari kita lihat lebih dekat tentang fungsi dan cara mendapatkannya:

Fungsi Coins Boost:

  • Sebagai mata wang virtual yang boleh digunakan untuk membeli barangan dan perkhidmatan yang disediakan oleh Boost
  • Memberi ganjaran kepada pengguna Boost setiap kali mereka membuat pembayaran menggunakan aplikasi Boost
  • Boleh digunakan untuk redeem voucher dan produk yang disediakan oleh Boost

Cara dapatkan Coins Boost:

  1. Sebelum dapatkan Coins Boost, Anda perlu muat turun aplikasi Boost terlebih dahulu dari Google Play atau App Store. Kemudian, daftar akaun Boost dengan mengisi maklumat peribadi yang diperlukan.
  2. Untuk dapatkan Coins Boost, Anda perlu buat pembayaran menggunakan aplikasi Boost. Pastikan baki Boost eWallet Anda mencukupi untuk membuat pembayaran. Apabila Anda membuat pembayaran menggunakan aplikasi Boost, Coins Boost akan diberikan kepada Anda sebagai ganjaran.
  3. Setiap kali Anda membuat pembayaran menggunakan aplikasi Boost, Coins Boost akan diberikan kepada Anda sebagai ganjaran. Anda boleh periksa jumlah Coins Boost yang diterima dalam bahagian Rewards di dalam aplikasi Boost.
  4. Coins Boost boleh digunakan sebagai mata wang virtual untuk membeli barangan dan perkhidmatan yang disediakan oleh Boost. Anda boleh pilih produk atau voucher yang Anda ingin beli dan gunakan Coins Boost untuk bayar. Pastikan baki Coins Boost Anda mencukupi untuk membuat pembelian.
  5. Selain boleh digunakan untuk membeli barangan dan perkhidmatan, Coins Boost juga boleh digunakan untuk redeem hadiah dan voucher yang disediakan oleh Boost. Anda boleh pilih produk atau voucher yang Anda inginkan dan gunakan Coins Boost untuk redeem.

Cara Redeem Boost eWallet Coins

Berikut ini langkah-langkah cara redeem Boost eWallet Coins yang boleh Anda ikuti:

  1. Sekarang kita buka dulu aplikasi Boost.
  2. Kemudian tengok pada task tu, tengok pada Coins.
  3. Lepas tu Anda tekan pada Coins tu.
    Cara Redeem Boost eWallet Coins via App
  4. Dia akan naik Level 4 Boostie, dekat situ ada MyShare, Scroll cari MyRewards.
  5. Tekan dekat MyRewards.
    Cara Redeem Boost eWallet Coins via App
  6. Dia akan paparkan apa yang Anda dah punya dalam rewards, seterusnya Anda tekan pada butang Browse.
  7. Dekat atas tu di akan ada category, Gift, Voucher, Cash dan yang lain.
  8. Scroll kebawah contoh kami nak claim RM2 Prepaid Wallet.
    Cara Redeem Boost eWallet Coins via App
  9. Dia akan guna 320 Coins, tekan dekat situ.
  10. Lepas tu Anda tekan pada butang Purchase.
    Cara Redeem Boost eWallet Coins via Applications
  11. Dia akan minta 320 coins akan deducted. Lalu Anda tekan Confrim.
    Cara Redeem Boost eWallet Coins via Applications
  12. Seterusnya status dia Successful, Anda telah berjaya redeem RM2 Prepaid Wallet.
  13. Lepas tu Anda back ke menu awal, tengok balik pada bahagian Home ni. Macam mana nak guna Prepaid Wallet ni, Prepaid Wallet ni untuk topup Prepaid.
  14. Seterusnya Anda pilih pada menu Top Up Amount.
    Cara Redeem Boost eWallet Coins via Apps Online
  15. Anda pilih berapapun Amount untuk topup, contoh kami nak pilih RM5, jadi Anda perlu bayar haya RM3. RM2 tu di potong dari redeem voucher yang sebelum.
  16. Lepas dah siap, Anda klik pada butang Pay RM3.00.
    Cara Redeem Boost eWallet Coins via Apps Online
  17. Masukkan Password Boost eWallet Anda.
    Cara Redeem Boost eWallet Coins via Apps Online
  18. Lalu Anda buka menu Rewards.
    Cara Redeem Boost eWallet Coins via Online Apps
  19. Lepas tu Anda tekan pada bahagian Shake Now.
    Cara Redeem Boost eWallet Coins via Online Apps
  20. Kemudian berjaya, itulah cara untuk Anda nak Redeem Boost eWallet.
    Cara Redeem Boost eWallet Coins via Online Apps

Sekarang, Anda dah tahu macam mana nak redeem Boost eWallet Coins. Tapi, sebelum Anda memulakan proses redeem ni, pastikan Anda dah baca terlebih dahulu syarat dan terma yang berkaitan dengan voucher atau produk yang Anda mahu beli.

Pastikan juga Anda ada jumlah eWallet Coins yang mencukupi sebelum membeli voucher atau produk tersebut.

Kalau Anda nak bayar bil TNB guna Boost eWallet, Anda boleh ikuti step dalam artikel ni ye cara bayar bil TNB guna eWallet Boost.

Itu sahaja perkongsian kali ini mengenai cara withdraw coints boost app, semoga membantu.