Kalau Anda selalu guna eWallet Boost untuk beli-beli online atau bayar-bayar bil, pasti dah tahu betapa senangnya nak transfer duit dari satu akaun Boost ke akaun lain.
Tapi, Anda tahu tak yang sekarang Boost dah ada fitur baru yang membolehkan Anda transfer duit dari eWallet Boost ke akaun bank atau eWallet lain? Yup, betul tu! Fitur ni dipanggil DuitNow.
DuitNow ni memang sangat memudahkan hidup Anda. Anda boleh transfer duit ke mana-mana akaun bank yang Anda nak, tanpa perlu susah-susah nak taip akaun bank dan nombor akaun. Semua ni boleh dilakukan dengan hanya menggunakan nombor telefon atau ID eWallet penerima.
Tapi, macam mana nak guna DuitNow ni? Jangan risau, sebab kami akan terangkan step-by-step cara nak transfer duit dari eWallet Boost ke akaun bank atau eWallet lain menggunakan DuitNow.
Cara Transfer DuitNow dari eWallet Boost
Pertama sekali, pastikan akaun Boost Anda ada cukup baki untuk transfer duit. Kalau tak, kena la top up dulu. Senang je nak top up Boost ni.
Anda boleh guna kad kredit/debit atau online banking. Anda juga boleh pergi ke mana-mana kedai Boost dan beli top up Boost.
Kalau dalam akaun Boost Anda dah ada baki, sila ikuti step berikut:
- Buka aplikasi Boost eWallet.
- Kemudian tengok pada bahagian atas tu ada icon Transfer, tekan pada Transfer.
- Kemudian dia akan nampak Send atau Request, Anda pilih Send sebab kita nak Send DuitNow kan jadi Anda tekan pada Send.
- Nanti dia nampak 2 pilihan, select your method of transfer, ada Boost dan juga DuitNow.
- DuitNow ni Anda boleh transfer kepada Bank Account ataupun eWallet lain. Jadi Anda tekan pada DuitNow.
- Untuk dia hanya ada satu pilihan iaitu guna Phone Number sahaja, jadi Anda boleh manual masuk kalau Anda ingat number ataupun cara yang lebih bagus yang lebih baik, Anda guna icon Contact sebelah kanan tu.
- Tekan Dekat icon Contact, contoh disini ada 2 Contact, jadi pilihlah kalau Anda punya phone ada satu dia akan keluar 2.
- Macam kami, kami pilih guna Contact berwarna Biru.
- Seterusnya Anda cari kepada siapa Anda transfer duit ni.
- Kemudian masukkan jumlah Amount, untuk JomPay ni Anda boleh transfer keseluruhan duit ni yang Anda ada eWallet.
- Lepas tu tekan Next dibawah.
- Add a note, kemudian masukkan sikit note. Kemudian tinggal tu tekan Next.
- Seterusnya Anda masukkan PIN Kod, untuk eWallet Boost Anda.
- Anda boleh nampak tu Success, artinya Anda berjaya transfer DuitNow dari eWallet Boost.
Itulah cara macam mana nak guna fungsi DuitNow dalam aplikasi eWallet Boost. DuitNow juga mempercepatkan proses transaksi dan menjimatkan masa Anda.
Kalau nak keluarkan duit dari Boost eWallet, Anda guna step ni ye cara keluarkan duit Boost eWallet ke akaun bank.
Namun, Anda perlu juga mengambil perhatian untuk berhati-hati semasa menggunakan DuitNow ni.
Pastikan Anda transfer duit ke akaun yang betul-betul dikenali. Jangan terpedaya dengan penipuan yang menggunakan DuitNow ni sebagai medium untuk menipu.