Touch ‘n Go telah menjadi salah satu kaedah pembayaran digital terbaik di Malaysia, dan kini TNG semakin mudah digunakan sebab kad Visa Touch N GO boleh buat pengeluaran duit Touch ‘n Go di mesin ATM CIMB.
Sebelum ini, pengguna kad Touch ‘n Go hanya dapat menggunakan kad tersebut untuk membayar tol, minyak dan membuat pembayaran di kedai-kedai yang menyediakan perkhidmatan Touch ‘n Go.
Dengan pengeluaran duit Touch ‘n Go di mesin ATM CIMB, pengguna kad TNG kini boleh keluarkan duit secara mudah melalui mesin ATM.
Cara Keluarkan Duit Touch N GO di ATM CIMB
Bagi pengguna yang ingin mengeluarkan duit Touch ‘n Go di mesin ATM CIMB, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Bila Anda dah ada dekat mesin ATM CIMB, langkah pertama Anda masukkan kad Visa Touch n Go eWallet Anda kedalam mesin ATM.
- Kemudian Anda tunggu sehingga kad disahkan, lepas tu pilih bahasa, contohnya Bahasa Malaysia.
- Kemudian masukkan PIN Kad Visa Touch N Go eWallet Anda.
- Seperti biasa sebelumnya sila semak baki TNG dahulu, lalu Anda tekan pada Pertanyaan Baki.
- Kemudian Anda tekan pada Semasa.
- Seterusnya masuk balik Password PIN Kod Kad Anda dengan betul, barulah dia boleh keluarkan baki.
- Sila tunggu urus niaga Anda sedang diproses. Kalau Anda tengok ni, baki kami dipaparkan kosong dekat situ.
- Seterusnya tekan Ya sahaja.
- Kemudian kita terus buat Pengeluaran.
- Lalu Anda klik pada Semasa.
- Seterusnya Anda klik pada Jumlah Lain.
- Anda masukkan jumlah Amount yang Anda nak keluarkan. Bila dah siap Anda klik pada butang Tekan Jika Betul.
- Dan tunggu sahaja sehingga selesai proses.
Tahukah Anda kalau Anda boleh topup Touch N GO secara percuma? sila ikuti step cara topup Touch N GO online RM10 percuma.
Proses pengeluaran duit Touch ‘n Go di mesin ATM CIMB juga sangat pantas dan boleh dilakukan pada bila-bila masa, 24 jam sehari.
Perlu diingat bahawa terdapat had pengeluaran untuk setiap transaksi pengeluaran duit Touch ‘n Go di mesin ATM CIMB. So, pastikan bahawa Anda mempunyai baki yang mencukupi di dalam kad Touch ‘n Go Anda sebelum melakukan transaksi pengeluaran duit.