Cara Transfer Duit TNG Touch n GO ke Boost eWallet

Posted on

Anda pernah tak terfikir nak guna TNG eWallet untuk transfer duit? Kalau belum, Anda kena tahu yang TNG eWallet ni mempunyai fungsi transfer duit yang sangat memudahkan kita.

Untuk Anda yang belum tahu, TNG eWallet ni adalah satu aplikasi pembayaran digital yang boleh digunakan untuk membuat pembayaran di pelbagai tempat seperti stesen minyak, pasar raya, kedai makan dan banyak lagi. Selain itu, Anda juga boleh transfer duit dengan mudah menggunakan TNG eWallet ke eWallet lain macam Boost.

Pertama sekali, pastikan Anda mempunyai aplikasi TNG eWallet dan Boost eWallet yang terpasang di telefon pintar. Jika belum, Anda boleh memuat turun aplikasi tersebut dari Google Play Store atau App Store.

Cara Transfer Duit MAE Maybank2u ke Public Bank

Cara Transfer Duit Dari TnGo eWallet ke Boost Wallet

Yang bestnya, transfer duit menggunakan TNG eWallet ni sangat pantas dan selamat. Duit yang Anda transfer akan dipindahkan secara langsung ke akaun penerima dan ia akan dipaparkan dalam sekelip mata.

Berikut langkah-langkah cara transfer duit dari Touch N GO ke Boost eWallet.

  1. Pertama sekali, Anda buka aplikasi Boost yang Anda punya.
  2. Lepas tu Anda klik pada bahagian Profile di bahagian bawah kanan skrin. Lepas tu pergi ke bahagian DuitNow.
    Cara Transfer Duit MAE Maybank2u ke Public Bank
  3. Nanti dia akan tunjukkan sama ada Anda punya eWallet dah link dengan nombor telefon untuk duitnow.
  4. Kalau belum aktif, Anda kena register dulu DuitNow ni dengan nombor telefon, baru Anda boleh pasti transfer duit daripada eWallet ataupun daripada bank ke masukkan kedalam eWallet ni.
    Cara Transfer Duit MAE Maybank2u ke Public Bank
  5. Seterusnya Anda pergi ke aplikasi Touch ‘n Go Semula.
  6. Lalu kita nak transfer duit ke Boost tu. Anda pergi ke bahagian Transfer.
    Cara Transfer Duit MAE Maybank2u ke Public Bank
  7. Disini terdapat eWallet Transfer dan DuitNow, tekan DuitNow.
  8. Pada Transfer to, Anda boleh pilih Bank/E-Wallet, Mobile Number, NRIC, Passport, MyTentera ID, ataupun Business Registration Number.
  9. Bila Anda pilih Mobile Number, lepas tu Anda masukkan Nombor Telefon Anda. Bila dah siap Anda klik pada butang Next.
    Cara Transfer Duit MAE Maybank2u ke Public Bank
  10. Lepas tu Anda masukkan Amount yang Anda nak.
  11. Untuk Transfer for Anda boleh isikan apa apa saja yang Anda nak. Bila dah siap isi, Anda klik pada Confirm Transfer.
    Cara Transfer Duit MAE Maybank2u ke Public Bank
  12. Duit tu dah Anda terima di aplikasi Boost Anda.
    Cara Transfer Duit MAE Maybank2u ke Public Bank

Sangat mudah, bukan? Namun, pastikan Anda memastikan bahawa maklumat penerima adalah betul sebelum menghantar wang. Anda juga perlu semak limit kad Visa Touch N Go eWallet dan memastikan bahawa baki TNG eWallet Anda mencukupi untuk membuat pindahan wang.

Selain daripada itu, Anda juga boleh menggunakan kaedah lain seperti menggunakan kod QR untuk membuat pindahan wang antara eWallet yang berlainan. Terdapat banyak kaedah yang boleh Anda gunakan untuk membuat pindahan wang.

Pindahan wang antara TNG eWallet dan Boost eWallet sangat mudah dilakukan dengan hanya beberapa klik sahaja. Dengan adanya kemudahan yang disediakan oleh eWallet, kita dapat memudahkan hidup kita dan melakukan transaksi dengan lebih mudah dan cepat.