Pembayaran i-SURI boleh dibuat secara online sama ada melalui Bank Islam, Maybank dan banyak lagi bank-bank yang menawarkan fungsi yang sama.
Jadi untuk perkongsian kali ini kami akan tunjukkan cara untuk membuat pembayaran isuri KWSP melalui CIMB clicks online banking.
Apakah iSuri KWSP
KWSP adalah singkatan dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, yang merupakan sebuah badan pengurusan simpanan dan penyelesaian caruman yang ditubuhkan di Malaysia. KWSP bertanggungjawab untuk mengurus dan menyimpan caruman yang dibuat oleh pekerja dan majikan di bawah Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 1991.
ISuri adalah sebuah sistem yang digunakan oleh KWSP untuk mengurus caruman dan simpanan pekerja. Sistem ini memberikan kemudahan bagi pekerja untuk membuat caruman, menyemak baki simpanan, memohon pengeluaran simpanan, dan melakukan transaksi lain yang berkaitan dengan akaun KWSP mereka.
Cara Bayar KWSP iSURI Melalui CIMB Clicks
So sekiranya Anda mempunyai akaun CIMB clicks dan Anda ingin membuat pembayaran isuri tapi Anda tak tahu bagaimana cara-cara dia, Anda boleh follow step yang kami tunjukkan ni. Dan kami harap artikel ini dapat membantu Anda.
- Untuk pembayaran isuri melalui CIMB clicks, Anda perlu kelaman rasmi CIMB https://www.cimbclicks.com.my
- Kemudian sila masukkan ID pengguna Anda, dan bila dah siap sila pilih Login.
- Seterusnya Anda perlu pastikan Secure Word adalah betul dan sekiranya ia memang betul dan memang milik Anda perlu klik yes, this is My SecureWord.
- Lepas tu Anda perlu masukkan Kata Laluan Anda. Lepas Anda masukkan kata laluan, Anda perlu klik Login sekali lagi.
- Dekat paparan utama CIMB clicks, Anda perlu pada bahagian Pay & Transfer.
- Lepas tu sila pilih bahagian EPF/KWSP Transfer.
- Dekat bahagian form Anda perlu klik pada nombor akaun CIMB Anda.
- Kemudian untuk bahagian to, Anda perlu pilih other EPF/KWSP account ini sekiranya Anda belum setkan nombor akaun tersebut sebagai Favourite.
- Tapi kalo Anda dah setkan nombor tersebut sebagai favorite, Anda boleh klik pada favorite EPF/KWSP Account.
- Lepas Anda dah pilih, seterusnya Anda perlu masukkan nombor akaun EPF/KWSP Account.
- Untuk nombor akaun ni Anda perlu masukkan nombor keahlian EPF/KWSP Account orang yang Anda nak buat bayaran.
- Contohnya Anda nak membuat pembayaran isuri untuk diri Anda sendiri.
- Lalu Anda perlu masukkan nombor keahlian Anda, tapi sekiranya Anda nak membuat pembayaran untuk orang lain dekat sini Anda perlu masukkan nombor keahlian orang tersebut.
- Lepas Anda dah masukkan keahlian, dekat bahagian bawahnya ialah jenis Contribution Anda perlu pilih isaraan ataupun isuri.
- Lepas tu Anda perlu masukkan nama penuh pemilik nama keahlian tadi, seterusnya Anda perlu masukkan nombor kad pengenalan Anda.
- Bila dah siap Anda perlu masukkan jumlah wang yang Anda perlu bayar.
- Seterusnya Anda perlu klik pada bahagian Accept & Submit.
- Lepas tu Anda perlu semak semua butiran maklumat yang dipaparkan, sila pastikan maklumat yang dipaparkan adalah betul.
- Lepas tu Anda perlu Request TAC untuk step yang seterusnya.
- Dan Anda perlu masukkan Nombor TAC yang Anda terima melalui SMS tersebut. Lalu bila dah siap Anda klik Confirm.
- So dekat bahagian status transaksi ni dah pun Sucessfull.
- Maksudnya Anda dah pun berjaya membuat pembayaran isuri melalui CIMB click Anda. Seterusnya Anda bolehlah Print atau Simpan Resit Transaksi yang Anda dah buat tadi.
- Selesai.
Macam mana kalau terlupa User ID dan Password CIMB Clicks? Tak perlu risau, sila baca artikel cara reset password dan user id CIMB Clicks.
Kelebihan Pembayaran i-SURI KWSP Melalui CIMB
Berikut adalah beberapa kelebihan yang boleh Anda perolehi kalau Anda membuat pembayaran i-Suri KWSP melalui CIMB Clicks:
- Anda boleh membuat pembayaran iSuri KWSP dengan mudah dan cepat melalui CIMB Clicks, tanpa perlu melawat kaunter KWSP dan mengisi borang pembayaran.
- Anda tidak perlu menunggu lama untuk memproses pembayaran KWSP, kerana pembayaran boleh dibuat secara online dan realtime melalui CIMB Clicks.
- Pembayaran melalui CIMB Clicks dilindungi oleh sistem keselamatan yang tinggi, jadi Anda tidak perlu risau kehilangan duit atau data peribadi Anda.
- Anda boleh membuat pembayaran KWSP pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja, dengan syarat Anda mempunyai akses kepada CIMB Clicks dan sambungan internet.
So kami rasa setakat itu sahaja perkongsian kami kali ini, semoga artikel diatas dapat membantu Anda.
Soalan Lazim
Beberapa pertanyaan dan jawapan yang boleh membantu mengatasi masalah Anda.
1. Kalau kita dah bayar tapi lupa letak bayaran untuk i suri macam mana?
Tak pe nanti bila pelarasan duit tersebut akan dimasukkan ke akaun isuri juga, tapi biasanya akan ambil masa la sikit, untuk kepastian elok Anda call customer service kwsp ye.
2. CIMB click kata hp kenapa tak de saya nak bayar epf/kwsp tu?
Dekap apps memang tak de, Anda kena guna website ye.
3. Macam mana nak check nombor epf kalau lupa?
Anda boleh call customer service KWSP, nanti Anda bagitahu je Anda nak semak nombor EPF Anda.