Cara Bayar Bil TNB Guna eWallet Boost App Online

Posted on

Boost eWallet ni adalah satu aplikasi yang Anda boleh guna untuk bayar semua jenis benda dengan mudah, tak payah nak bawak duit cash atau kad kredit. Apa-apa benda dari bayar bil, beli tiket bas, topup telefon, semua boleh settle dengan Boost eWallet ni.

Aplikasi ni boleh digunakan dengan senang je, tambah nilai dalam akaun Boost dengan guna kad kredit, akaun bank, atau pun dengan Boost Partners macam 7-Eleven dan macam-macam lagi.

Tapi Boost eWallet tak habis kat situ je, dia ada banyak lagi ciri-ciri menarik. Ada BoostUP, boleh beli barang dengan bayaran ansuran bulanan yang mudah, Boost Shake yang bagi hadiah kalau Anda goncang-goncang aplikasi dia, dan Boost e-Duit Raya, boleh bagi duit raya digital sempena musim perayaan.

Cara Bayar Bil TNB Guna eWallet Boost

Cara Bayar Bil TNB Guna eWallet Boost

Sekiranya Anda nak bayar bil TNB guna eWallet Boost, Anda boleh ikuti step berikut:

  1. Pertama sekali anda buka aplikasi Boost.
  2. Lepas tu anda tekan pada bahagian Bills.
    Cara Bayar Bil TNB Guna eWallet Boost
  3. Seterusnya anda klik pada butang New Biller.
    Cara Bayar Bil TNB Guna eWallet Boost
  4. Lalu anda pilih Add New Biller.
    Cara Bayar Bil TNB Guna eWallet Boost
  5. Pada bahagian Select Biller anda pilih Tenaga Nasional Berhad.
    Cara Bayar Bil TNB Guna eWallet Boost
  6. Account Number anda tertera pada resit bayaran Tenaga Nasional, seperti contoh berikut ni.
  7. Bila dah tengok contoh letak Account Number tu, anda klik pada Next.
    Cara Bayar Bil TNB Guna eWallet Boost
  8. Selepas tu anda taip Account Number anda.
  9. Lalu anda tekan pada bahagian Next.
    Cara Bayar Bil TNB Guna eWallet Boost
  10. Seterusnya anda masukkan Nickname pada bahagian yang tersedia.
  11. Bila dah siap anda klik pada Save.
    Cara Bayar Bil TNB Guna eWallet Boost
  12. Lalu anda klik pada Tenaga Nasional Berhad.
    Cara Bayar Bil TNB Guna eWallet Boost
  13. Berikutnya anda tekan pada bahagian Make Payment.
    Cara Bayar Bil TNB Guna eWallet Boost
  14. Lepas tu anda masukkan Amount yang anda nak bayar.
  15. Seterusnya anda klik pada butang Next.
    Cara Bayar Bil TNB Guna eWallet Boost
  16. Selepas semua dah siap, anda terus tekan pada bahagian Pay RM3.00.
    Cara Bayar Bil TNB Guna eWallet Boost
  17. Lalu anda masukkan PIN Boost anda.
    Cara Bayar Bil TNB Guna eWallet Boost
  18. Selepas tu anda dah berjaya untuk bayar bil TNB guna eWallet Boost.
  19. Status tu Success, berarti Bil TNB anda telah anda bayar.
    Cara Bayar Bil TNB Guna eWallet Boost

Tiada duit untuk bayar bil TNB? Tak perlu risau, sila guna Boost Paylater, langkah-langkahnya boleh Anda ikuti dalam artikel cara bayar bil guna Boost Pay Later.

 

Bagusnya Boost eWallet ni, senang guna dan selamat, sebab dia ikut standard keselamatan bank. Anda boleh pantau perbelanjaan dengan mudah, dan tengok transaksi terus kat aplikasi.

Lagipun, Anda boleh kumpul mata ganjaran (Boost Coins) setiap kali guna aplikasi ni, pastu tukar jadi diskaun atau hadiah.

Boost eWallet ni memang satu aplikasi yang memudahkan hidup Anda, semua benda boleh bayar dengan mudah. Kalau Anda aktif guna, ada banyak manfaat yang Anda boleh dapat.