Cara Link Akaun Tabung Haji Bank Rakyat Guna ATM

Posted on

Kalau Anda ada akaun Tabung Haji dan akaun Bank Rakyat, Anda boleh la link dua-dua akaun ni untuk memudahkan urusan kewangan Anda.

Link akaun ni akan membolehkan Anda transfer duit dari akaun Tabung Haji ke akaun Bank Rakyat dan sebaliknya. Senang kan? Jadi, tak perlu la nak pergi ke kaunter Tabung Haji atau Bank Rakyat untuk buat urusan ni.

Cara nak link akaun Tabung Haji dengan Bank Rakyat ni pun sangat mudah. Anda boleh pergi ke mana-mana mesin ATM Bank Rakyat. Lepas tu, Anda ikut je langkah-langkah yang kami kongsikan di bawah ni.

Cara Link Akaun Tabung Haji Bank Rakyat Guna ATM

Cara Link Akaun Tabung Haji Bank Rakyat Guna ATM

Bila dah link akaun ni, Anda boleh la transfer duit dari akaun Tabung Haji ke akaun Bank Rakyat dan sebaliknya.

Jadi, tak perlu la nak risau nak ke mana-mana kaunter atau ATM yang lain. Semua urusan boleh buat dalam satu tempat je.

  1. Macam biasa, bila Anda nak gunakan mesin ATM Bank Rakyat Anda perlu ke mesin ATM terlebih dahulu.
  2. Lepas tu Anda perlu masukkan kad debit Bank Rakyat Anda.
  3. Sila tunggu sebentar, dan sila pilih menu Bahasa.
  4. Lepas tu Anda perlu masukkan Nombor PIN Kad ATM ataupun Nombor PIN Kad Debit Anda. Nombor PIN ni adalah nombor yang 6 Digit.
  5. Dekat sini pula, Anda perlu pilih pada menu Tabung Haji.
    Cara Link Akaun Tabung Haji Bank Rakyat Guna ATM
  6. Untuk Anda link kepada akaun Tabung Haji Anda sendiri, Anda boleh klik dekat bahagian Link TH Akaun – Sendiri.
  7. Tapi kalau Anda nak linkkan dengan akaun Tabung Haji anak Anda, ataupun akaun tabung haji ibu Anda, Anda boleh klik dekat bahagian Link TH Akaun – Amanah.
  8. Untuk contoh kali ini kami akan buat Link akaun Tabung Haji kami sendiri. So Anda klik dekat bahagian Link TH Akaun – Sendiri.
    Cara Link Akaun Tabung Haji Bank Rakyat Guna ATM
  9. Lepas tu dekat sini Anda perlu masukkan Nombor Akaun Tabung Haji Anda.
  10. So Anda taip lah, bila dah siap Anda klik dekat bahagian Tekan Jika Betul.
    Cara Link Akaun Tabung Haji Bank Rakyat Guna ATM
  11. Lepas tu Anda tunggu lah kejap dan kalau dia keluar paparan macam ni, maksudnya pembayaran Anda dahpun berjaya Linkkan akaun tabung haji Anda dengan akaun Bank Rakyat Anda.
  12. Selesai

Baca juga langkah-langkah cara aktifkan fungsi DuitNow QR Bank Rakyat.

Sekarang Anda sudah tahu bagaimana cara link akaun Tabung Haji dengan Bank Rakyat menggunakan mesin ATM.

Mudah kan? Jangan lupa pastikan semua maklumat yang dimasukkan betul dan sah untuk mengelakkan sebarang kesilapan.