Bagi Anda yang belum tahu, BigPay ni satu platform digital yang sangat popular sekarang ni di Malaysia. Dengan BigPay, Anda boleh topup duit dalam akaun e-wallet Anda, bayar bil dan beli tiket dan transfer duit dengan mudah. Tapi hari ni, kami nak fokus kat cara nak transfer duit dari BigPay guna DuitNow.
BigPay sekarang dah ada ciri terbaru iaitu dia dah support DuitNow. Lepas ni mudah lah kita nak buat transfer daripada duit BigPay masuk ke akaun bank ataupun melalui mobile number.
Dalam artikel ini kami akan tunjukkan cara macam mana nak transfer duit melalui BigPay ni, tapi tidak guna kad lah melainkan dari aplikasi BigPay menggunakan DuitNow.
Cara Transfer Duit Dari BigPay Guna DuitNow
Apa tu DuitNow? DuitNow ni adalah satu sistem yang memudahkan urusan pemindahan wang secara online di Malaysia.
Kalau Anda selalu transfer duit dari akaun bank Anda ke akaun bank kawan-kawan Anda, mesti Anda dah tahu kan apa tu DuitNow ni.
So, kenapa Anda perlu gunakan DuitNow untuk transfer duit dari BigPay? Senang cerita, dengan DuitNow, Anda boleh transfer duit ke mana-mana akaun bank dalam masa yang singkat.
Caranya pun senang, Anda hanya perlu masukkan nombor akaun bank penerima ataupun nombor telefon penerima dan tekan butang hantar. Panduan lengkap boleh ikuti langkah berikut:
- Buka aplikasi BigPay di Telefon Anda.
- Kemudian dia akan minta verify, Anda guna Fingerprint pun boleh ataupun PIN Kod pun boleh.
- Kemudian tekan pada Payments tu dibawah.
- Lepas tu Anda tengok pada DuitNow Transfer, tekan pada DuitNow Transfer.
- Kemudian Anda boleh pilih DuitNow ID. Lepas tu masukkan Amount Transfer, dekat situ dia akan kasih tengok dia minimum RM1.00. Seterusnya Anda Tekan Next.
- Selepas tu kemudian Anda pilih DuitNow ID type, kami nak guna Mobile Number sebab dah daftar Mobile Number.
- Kemudian masukkan Nombor Telefon Anda dalam textbox Mobile Number tu.
- Seterusnya pada bahagian Reference ni silahkan taip apa apa sahaja lah.
- Kemudian pada Save Recipient ni optional. Lepas tu untuk confirm tekan Next.
- Pada Review Transfer Details, pastikan dia nampak betul. Kalau dah confirm tekan Send.
- Tekan Fingerprint dan dia akan automatik detect TAC Number. Dan akan terus membuat transfer, proses transfer tu dilakukan secara automatik.
- Sekarang ni kami punya transfer menggunakan DuitNow, dan dah pun berjaya.
Dengan DuitNow, proses pemindahan wang Anda akan jadi lebih mudah dan pantas. Tak payah risau kalau duit tak sampai dalam masa yang dijangka sebab dengan DuitNow, duit Anda akan sampai ke akaun bank penerima dalam masa yang singkat.
Selain itu, DuitNow juga memudahkan urusan Anda untuk transfer duit ke mana-mana akaun bank dalam Malaysia. Jadi, Anda tak perlu risau nak transfer duit ke akaun bank kawan-kawan Anda yang berbeza-benza bank.
Jadi, jangan takut untuk menggunakan DuitNow untuk transfer duit dari BigPay. Dengan teknologi yang semakin canggih ni, semua urusan perbankan pun jadi lebih mudah. Jangan biarkan urusan pemindahan wang membuang masa Anda.
Boleh ke topup kredit telefon guna BigPay? Boleh! jom ikuti step-by-step dalam artikel ni ye, cara topup kredit prepaid guna BigPay app.
Jangan lupa untuk terus follow blog kami untuk maklumat terkini dan tips-tips berguna tentang teknologi dan kewangan.