Adakah antara kita pernah membeli-belah dalam talian? Mesti ada rasa malas nak keluar rumah semata-mata nak transfer duit, atau ada berita urgent yang memerlukan kita transfer duit. Tak payah susah-susah! Anda boleh menggunakan perbankan mudah alih untuk transfer duit.
Bank Rakyat dah pun lancarkan satu aplikasi untuk mudahkan para pelanggan mereka, dan aplikasi tu dikenali sebagai i-Rakyat. Aplikasi i-Rakyat ini akan memberi kemudahan kepada bank rakyat untuk mengakses akaun mereka dengan lebih pantas, cepat, dan selesai. Dan yang paling penting dia boleh diakses melalui telefon bimbit Anda.
Jadi untuk perkongsian kali ini jom kami kongsikan cara Anda untuk membuat pemindahan wang menggunakan aplikasi i-Rakyat, sila ikuti step berikut.
Cara Transfer Duit Bank Rakyat Guna iRakyat
Sebelum Anda transfer duit menggunakan aplikasi iRakyat, Anda perlu mempunyai aplikasi iRakyat di telefon bimbit dan mempunyai akaun profil iRakyat. Sila baca artikel cara register iRakyat.
Sekiranya Anda sudah mempunyai apps iRakyat dan mempunyai akaun profile iRakyat, Anda boleh terus ikuti step di bawah.
- Untuk permulaan sudah semestinya Anda perlu install terlebih dahulu aplikasi i-Rakyat dekat telefon Anda. Dan bila Anda dah install aplikasi tersebut Anda perlu login akaun i-rakyat Anda.
- Sila masukkan butiran akaun Anda, masukkan Username.
- Lepas tu sila pastikan fasa keselamatan adalah betul.
- Dan Anda perlu masukkan Password i-rakyat Anda.
- Lepas Anda dah login akaun i-rakyat Anda, bagi yang nak mengirim wang Anda pilih pada bahagian transfer.
- Dekat sini dia ada banyak fungsion kan, kami akan terangkan satu per satu fungsi dia.
- Untuk yang pertama adalah Own Account, untuk yang ni Anda akan gunakan bila Anda nak transfer ke akaun Bank rakyat Anda sendiri, contohnya Anda mempunyai 2 akaun Bank Rakyat dan Anda nak membuat pemindahan kepada salah satu akaun Bank Rakyat Anda.
- Untuk yang kedua pula adalah Third Party Account, untuk third party account ni Anda akan gunakan bila nak transfer ke akaun Bank Rakyat orang lain, contohnya Anda nak transfer ke akaun ibu Anda ataupun ayah Anda ataupun siap sahaja lah.
- Ketiga IBG Transfer, untuk yang ni Anda boleh gunakan bila nak transfer ke bank lain, contohnya Anda nak transfer ke Bank Muamalat ataupun ke Maybank ke, tapi Anda perlu ingat kalau Anda menggunakan IBG Transfer proses dia ambil masa sedikit, dia bukan instant transfer.
- Dan sekiranya Anda nak membuat Instant Transfer, Anda boleh guna DuitNow
- Untuk artikel ni kami akan tunjukan cara untuk guna fungsi DuitNow, yang ini adalah untuk instant transfer, maksudnya dia akan automatik masuk ke akaun penerima, jadi kalau Anda nak transfer duit ke akaun Maybank ataupun Bank Rakyat ataupun mana-mana bank Anda sarankan Anda menggunakan DuitNow.
- Bila Anda klik pada bahagian DuitNow, nanti dia akan keluar paparan macam ni. So Anda perlu klik pada nombor akaun Anda.
- Lepas Anda dah klik pada akaun bank rakyat Anda, Anda perlu klik pada New Transfer.
- Lepas tu pada bahagian Duitnow ID Type ni Anda perlu pilih akaun number. Sila pilih akaun number, lepas tu Anda perlu masukkan nombor akaun penerima.
- Lepas Anda dah masukkan nombor akaun penerima, Anda perlu pilih jenis akaun penerima, pastikan Anda pilih akaun yang betul.
- Seterusnya Anda perlu pilih bank mana yang Anda nak transfer.
- Lepas tu Anda perlu masukkan nombor penerima. Untuk bahagian nama penerima ni kalau Anda nak masukkan nama samaran pun boleh sahaja.
- Seterusnya Anda perlu masukkan jumlah wang yang Anda nak transfer. Lepas tu Anda perlu masukkan pula rujukan untuk penerima.
- Seterusnya Anda perlu pilih jenis transaksi.
- Lepas tu untuk bahagian seterusnya ni Anda boleh abaikan sahaja.
- Lepas Anda dah isi semua maklumat yang diminta, Anda perlu klik pada bahagian Terma & Conditions. Lalu Anda klik Proceed.
- Untuk bahagian sini, sila confirmkan semua maklumat yang dipaparkan. Sila pastikan nama penerima yang di paparkan adalah betul.
- Kalau semua yang dipaparkan dekat sini adalah betul barulah Anda klik pada bahagian Confirm & Request TAC.
- Dan Anda klik pada bahagian Request TAC.
- Nombor TAC ni dia akan hantar lewat SMS, so Anda buka SMS Anda dan masukkan nombor tac tersebut. Lepas tu Anda klik Proceed.
- Dan inilah resit transaksi yang Anda dah buat tadi, dan transaksi Anda dahpun berjaya. untuk resit ni Anda boleh screenshot sebagai simpanan Anda.
Sekiranya Anda nak reload kredit telefon bimbit Anda, Anda boleh ikuti step cara topup melalui aplikasi iRakyat.
Bagaimana, mudah bukan? Itulah cara transfer wang melalui app iRakyat. Untuk makluman, Anda tak boleh kongsikan username dan password iRakyat Anda kepada orang lain untuk pastikan akaun Anda sentiasa selamat.
Sekarang Anda tidak perlu bersusah payah pergi ke ATM jika Anda ingin transfer duit atau check baki Bank Rakyat Anda.