Cara Ubah Limit Transaksi Public Bank Guna ATM

Posted on

Apa tu limit transaksi? Ia merujuk kepada had maksimum yang ditetapkan oleh bank untuk aktiviti transaksi dalam satu hari. Jadi, jika Anda mencuba untuk membuat transaksi melebihi had tersebut, ia mungkin akan ditolak/disekat.

Untuk pemegang akaun di Public Bank, terdapat beberapa jenis limit transaksi yang perlu Anda tahu. Pertama sekali, terdapat limit transaksi harian. Ini merujuk kepada jumlah wang maksimum yang Anda boleh keluarkan dari akaun Anda setiap hari. Biasanya, had ini ditetapkan oleh bank berdasarkan jenis akaun yang Anda miliki.

Selain itu, terdapat juga limit transaksi ATM. Ini merujuk kepada jumlah wang maksimum yang boleh dikeluarkan dari mesin ATM dalam satu transaksi. Biasanya, had ini juga ditetapkan oleh bank dan boleh berbeza-beza bergantung kepada jenis kad ATM yang Anda gunakan.

Cara Ubah Limit Transaksi Public Bank Guna ATM

Cara Ubah Had Transaksi Public Bank Guna ATM

Jadi, bagaimana nak tahu had transaksi Anda? Anda boleh merujuk kepada maklumat akaun Anda di cawangan Public Bank terdekat, mesin ATM atau melalui perkhidmatan perbankan dalam talian.

Sekiranya Anda nak tukar had transaksi Public Bank, Anda boleh gunakan mesin ATM.

Ikuti langkah-langkah mudah di bawah untuk cara ubah limit transaksi public bank guna ATM:

  1. So first step sudah pastinya Anda pelru ke Mesin ATM Public Bank.
  2. Anda perlu masukkan Kad Debit Public Bank Anda. Sila tekan Continue.
  3. Lepas tu Anda perlu pilih menu Bahasa.
  4. Masukkan Nombor PIN Kad ATM Anda. Nombor PIN ni dia adalah Nombor yang 6-digit.
  5. Kemudian Anda perlu pilih jenis akaun Anda.So kami punya adalah akaun Simpanan, jadi kami tekan pada akaun Simpanan.
  6. Untuk ubah Limit Transaksi Publik Bank, Anda perlu pilih menu Lain-lain.
    Cara Ubah Limit Transaksi Public Bank Guna ATM
  7. Lepas tu sila pilih Menu Perkhidmatan Lain.
    Cara Ubah Limit Transaksi Public Bank Guna ATM
  8. Dan dekat skrin seterusnya ni, Anda sekali lagi perlu pilih menu Perkhidmatan Seterusnya.
    Cara Ubah Limit Transaksi Public Bank Guna ATM
  9. Di skrin yang seterusnya ni Anda akan lihat ada menu untuk Tukar Ubah Pengeluaran Harian, Tukar Had Pembelian Runcit Harian, Tukar Had Kumulatif Tanpa Sentuh, dan juga Tukar Had Pindahan Wang Harian.
  10. So untuk setiap transaksi ataupun untuk setiap pertukaran ni Anda perlu buat satu per satu. Contohnya kalau Anda nak membuat Pertukaran Had Pengeluaran Harian, Anda perlu selesaikan pertukaran tersebut. Lepas tu barulah Anda boleh membuat pertukaran untuk transaksi yang seterusnya.
  11. So untuk contoh, kami akan buat Tukar Had Pindahan Wang Harian.
    Cara Ubah Limit Transaksi Public Bank Guna ATM
  12. Bila Anda klik sahaja pada bahagian Tukar Had Pindahan Wang Harian, dia akan keluar paparan macam ni. Dekat sini Anda boleh pilih Had Pindahan yang Anda nak.
  13. So kami, kami akan pilih 5000 sehari, so kami klik dekat bahagian RM5000.
    Cara Ubah Limit Transaksi Public Bank Guna ATM
  14. Lepas tu Anda tunggulah sekejap, dan dekat sini dah pun dikatakan bahwasannya Anda akan menerima nombor PAC untuk pengesahan transaksi.
  15. So sila semak SMS Anda untuk Anda dapatkan nombor PAC tersebut dan nombor PAC tu Anda perlu masukkan dekat bahagian sini.
    Cara Ubah Limit Transaksi Public Bank Guna ATM
  16. Automatik transaksi Anda dah pun berjaya, sila ambil resit serta kad ATM Anda.
  17. Bagi Anda yang nak membuat pertukaran limit untuk transaksi yang seterusnya, Anda perlu ulang semula step yang kami tunjukkan tadi.

Selain melalui ATM, Anda juga boleh tukar limit transaksi melalui Public Bank online (PBe). Jika Anda belum mempunyai akaun PBe, Anda boleh ikuti step cara Public Bank online.

Itulah panduan singkat untuk mengubah limit transaksi di mesin ATM Public Bank. Ingatlah untuk memasukkan jumlah limit transaksi yang sesuai dengan keperluan Anda dan pastikan untuk mengesahkan pengubahannya sebelum menamatkan transaksi.