Cara Tukar No Telefon Bank Islam Online ATM Kaunter

Posted on

Ketika membuka akaun bank dan perbankan internet di Bank Islam, biasanya Anda diminta memasukkan nombor telefon bimbit aktif yang kemudiannya akan digunakan untuk transaksi perbankan.

Tetapi bagaimana jika nombor telefon bimbit tersebut hilang, tamat tempoh, rosak, tidak lagi digunakan ataupun ingin ditukar? Tak perlu risau, sebab penukaran nombor telefon Bank Islam boleh dilakukan melalui mesin ATM, cawangan dan online.

Setelah membuat penukaran no telefon, Anda boleh menggunakan nombor telefon baru untuk membuat transaksi online. Berikut kami kongsikan step cara kemaskini no telefon Bank Islam terkini.

Cara Tukar No Telefon Bank Islam
Cara Tukar No Telefon Bank Islam

Cara Tukar No Telefon Bank Islam

Bagi Anda pengguna internet banking Bank Islam, pasti tahu kalau setiap transaksi perbankan yang kita nak buat perlukan kod TAC. Kami telah sediakan beberapa step cara penukaran no telefon Bank Islam terbaru.

Cara Tukar No Telefon Bank Islam di ATM

Untuk menukar nombor telefon Bank Islam lama dengan yang baru melalui mesin ATM, Anda boleh ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Kunjungi mesin ATM Bank Islam yang berdekatan.
  2. Masukkan Kad Bank dan Nombor PIN Anda.
  3. Tekan menu Online Banking atau Perbankan Internet.
  4. Sila masukkan nombor telefon baru Anda.
  5. Seterusnya sahkan dan simpan resit yang dikeluarkan oleh mesin ATM untuk rujukan Anda di masa hadapan.

Cara Tukar Nombor Telefon Bank Islam Secara Online

Untuk menukar nombor telefon Anda kepada nombor telefon baru bagi urusan penerimaan nombor TAC, Anda boleh ikuti step berikut:

  1. Buka laman website https://www.bankislam.biz/
  2. Sila log masuk ke akaun Bank Islam online banking Anda.
  3. Setelah berjaya masuk, pilih Settings.
  4. Seterusnya, klik Mobile Maintenance.
  5. Langkah terakhir, klik Save untuk menyimpan perubahan yang dilakukan.

Tak boleh log masuk Bank Islam online? Tak perlu risau, sila ikuti step cara reset password dan username Bank Islam online.

Penukaran Nombor Telefon Bank Islam di Kaunter

Sekiranya Anda mempunyai banyak waktu, Anda boleh kunjungi cawangan Bank Islam.

  1. Kunjungi cawangan Bank Islam berdekatan.
  2. Staff bank akan berikan Anda borang kemaskini no telefon Bank Islam.
  3. Setelah selesai isikan borang tersebut, bagi balik kepada staff bank.
  4. Sila tunggu staff bank kemaskini no telefon Anda.
  5. Selesai.

Kemaskini No Telefon Bank Islam Melalui Call Center

Sila hubungi pusat panggilan di bawah dan minta customer service yang bertugas menukar nombor telefon Anda.

  • General Line : +603 2088 8000
  • Contact Centre : +603 26 900 900

Sila ambil perhatian bahawa mereka akan meminta beberapa maklumat pengenalan Anda untuk pengesahan supaya perubahan nombor telefon dapat diproses dengan segera.

Itu sahaja perkongsian kali ini semoga maklumat mengenai cara update nombor telefon Bank Islam boleh bermanfaat untuk Anda.